SEMASA UTAMA

COVID -19 : Jumlah kes baharu menurun ke 4,611

21 Jun 2021 –  Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia pada hari ini menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 4,611 kes berbanding semalam ( 5,293).

Merujuk kepada hantaran di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 1,346 kes dikuti Kuala Lumpur (310), Kelantan (219), Sarawak (682), Negeri Sembilan (437) dan Johor (314).

Selain itu, Kedah merekodkan 182 kes, Pulau Pinang (84), Pahang (50), Terengganu (18), Perak (453), Melaka (205), Sabah (166), Labuan (130) dan Putrajaya (15). Sementara itu Perlis tidak mencatat sebarang kes baharu.

Jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 701,019.