Politik @ My LNA

ABIM gesa para pimpinan negara serta seluruh warga dunia Islam,berikan tekanan politik ke atas Mesir

158

19 JUN 2021 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk dengan keras hukuman mati yang dikenakan ke atas 12 tokoh ulama’ serta ilmuwan terbaik Mesir yang dijatuhkan oleh mahkamah negara tersebut baru-baru ini. Lalu ABIM menggesa para pimpinan negara serta seluruh warga dunia Islam, memberikan tekanan politik ke atas Mesir untuk menghentikan tindakan kejam atas paksi politik dendam ini kerana ia bertentangan dengan prinsip Karamah Insaniah yang mengangkat maruah manusiawi tanpa kompromi dalam ajaran Islam.

“ABIM merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Kesatuan Ulama’ Sedunia menerusi Presidennya, Sheikh Dr Ahmad Al-Raysuni dan Setiausaha Agungnya Sheikh Dr. Ali Al-Qurrah Daghi, yang menegaskan hukuman ini bermotif politik, berat sebelah serta melanggar prinsip hak asasi serta keadilan sejagat.

Dalam masa sama, Amnesty International’s Research and Advocacy Director for the Middle East and North Africa, Philip Luther menegaskan bahawa hukuman mati kejam ini yang bermula pada tahun 2018 menerusi perbicaraan berat sebelah adalah satu penodaan terhadap terhadap sistem keadilan dan memberikan bayangan gelap terhadap seluruh sistem keadilan Mesir.” kata Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam.

Tambah Faisal, ABIM menilai hukuman ini merupakan kesinambungan daripada amalan politik dendam yang tidak berkesudahan semenjak kerajaan yang dibentuk daripada suara demokratik warga Mesir digulingkan pada 2013 menerusi rampasan kuasa.

“Selain itu, kerajaan Mesir pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi hingga hari ini terkenal sebagai kerajaan yang mengamalkan undang-undang drakonian serta menafikan prinsip keadilan serta kedaulatan undang-undang.

Justeru, ABIM menggesa para pimpinan negara serta seluruh warga dunia Islam, memberikan tekanan politik ke atas Mesir untuk menghentikan tindakan kejam atas paksi politik dendam ini kerana ia bertentangan dengan prinsip Karamah Insaniah yang mengangkat maruah manusiawi tanpa kompromi dalam ajaran Islam.” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...