Pendidikan @ My LNA

Pelan Pemulihan Negara : KPM Ambil 18,702 Guru Tampung Kekosongan Segera – Radzi Jidin

81

PUTRAJAYA 20 JUN 2021 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan segera pengambilan 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 atau guru bagi menampung kekosongan di empat buah negeri iaitu Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pengambilan guru tersebut merupakan inisiatif KPM di bawah Pelan Pemulihan Negara.

“Masalah ini bermula sejak tahun 2016 di mana pengambilan guru di Institut Perguruan Guru (IPG) adalah rendah dan ketidakpadanan opsyen mata pelajaran” ujar beliau dalam sidang media hari ini.

Isu kekurangan guru di Malaysia bukanlah sesuatu isu yang baru malahan isu ini seringkali diperdebatkan dan dibangkitkan oleh pelbagai pihak sama ada parti politik, ibu bapa mahupun kesatuan guru sendiri.

Radzi berkata KPM mengadakan kolaborasi strategik dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mendapat kelulusan khas pengisian jawatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) selaku pihak berkuasa melantik menerusi pendekatan baru iaitu kluster opsyen mata pelajaran dan kepelbagaian kaedah perlantikan.

Menurut beliau lagi, sehingga kini antara mata pelajaran yang mempunyai kekurangan guru yang tinggi di sekolah rendah adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi manakala di sekolah menengah pula, 5 mata pelajaran merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam dan Reka Bentuk Teknologi.

Inisiatif dan komitmen Radzi dalam menyelesaikan isu masalah kekurangan guru yang berlarutan sejak 2016 dalam tempoh 4 bulan mendatang menerusi pengambilan secara “one-off”  dengan segera haruslah diberikan pujian.

Beliau memaklumkan iklan pengambilan akan dikeluarkan pada 7 Julai dan penempatan secara berperingkat akan bermula bulan Oktober ini bagi membolehkan KPM melakukan persediaan meliputi panel temuduga, logistik, keurusetiaan dan sebagainya.

“Inisiatif ini di bawah Pelan Pemulihan Negara adalah cabaran membawa negara untuk sektor Pendidikan sepanjang tempoh pandemic Covid-19 mampu mengurangkan bebanan guru-guru di sekolah dan mengatasi masalah proses PDP serta menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor pendidikan” ujar beliau.

Radzi turut berterima kasih kepada JPA kerana membuka ruang untuk menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sekian lama.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Kad MySiswa dokong Agenda Pemerkasaan Mahasiswa

PERLIS 23 Mac 2024 – Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr....

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Pertandingan DIY Made Simple 2024 Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 – Pendaftaran bagi pertandingan tahunan DIY Made...