Kenyataan Media

MOVAK Tingkat Jumlah Pendaftaran Vaksin

64

KOTA TINGGI 19 JUN 2021 – Kementerian Perpaduan Negara melancarkan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) yang melibatkan tiga unit gerak  kerja yang dikendalikan oleh sukarelawan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) bagi meningkatkan jumlah pendaftaran vaksin.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed  Sadique berkata inisiatif KPN ini adalah untuk menyokong Program Imunisasi COVID19.

“Sebanyak tiga (3) unit gerak kerja di bawah MOVAK merangkumi Unit Panggilan membuat panggilan pengesahan dan peringatan kepada penerima vaksin yang telah mendaftar berkenaan tarikh temujanji, Unit Mobilisasimenyediakan pengangkutan untuk penerima vaksin COVID-19 mengambil suntikan di PPV dan Unit Tindakan Komuniti iaitu perkhidmatan “outreach” kepada masyarakat  setempat bagi membantu pendaftaran dan kempen Covid-19 di kalangan komuniti”, ujar beliau dalam kenyataan media semalam.

Pada program tersebut, Halimah turut menyerahkan sebuah bas yang telah diubahsuai untuk dijadikan Unit Mobilisasi Vaksin Komuniti kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kota Tinggi dan Pengerusi “COVID-19 Immunisation Task Force” (CITF) Peringkat Daerah Kota Tinggi di Felda Lok Heng manakala seramai 498 penduduk Felda Lok Heng telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 .

Halimah yakin program MOVAK ini akan dapat mempercepatkan lagi kadar pemberian vaksin di Malaysia, terutama di kawasan luar  bandar dan pinggir bandar dan akan digerakkan ke negeri-negeri lain termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Photo: YouTube screenshot
Kenyataan Media

Conservative Christians freak out over cute ad featuring a lesbian couple

You need to be logged in to view this content. Please Log...