13 JUN 2021 – Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa supaya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih bertanggungjawab dalam memberikan kelulusan kepada jenis perniagaan yang layak beroperasi sepanjang PKP3.0 yang sehingga direkodkan 17 sektor dibenarkan beroperasi sekaligus merencatkan usaha untuk melandaikan lengkuk pandemik Covid-19.
Pakatan Harapan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kos Sara Hidup turut mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan dan mempercepatkan bantuan one-off RM500 (pendapatan bawah RM2,500.00) atau RM300 (RM2,500.00-RM5,000.00) kepada ke RM2,000.00 dan RM1,500.00.
“PH turut mencadangkan Moratorium selama 3 bulan kepada golongan M40 wajar dilaksanakan, setakat ni hanya B40 sahaja yang diberikan, sedangkan M40 juga terjejas teruk”, ujar pihak mereka.
Selain itu juga, PH turut mendesak kerajaan supaya Subsidi upah dilanjutkan kepada 3 bulan bagi membantu SME dan mengelakkan pekerja dibuang kerja dan subsidi atau rebat TNB sebanyak 30% utk pengguna domestik kerana penggunaan di rumah akan bertambah.
“PH turut menyokong keputusan kerajaan untuk melanjutkan penutupan penuh Fasa Kedua di seluruh negara selama 14 hari dari 14 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021”, ujar kenyataan tersebut.
Jawatakuasa Kos Sara Hidup merupakan jawatankuasa dibentuk di bawah Pakatan Harapan dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Parti Keadilan Nasional, Parti Amanah Negara dan Parti Tindakan Demokratik.
- Striking a balanced look on our universities’ rankings
- From rules to respect
- Gold Roses & Silver Roses, The Hand-Dipped Gifts That Keeps Giving All Year Long
- Tim Hortons® Premium Signature Store at Sunway Pyramid drops Unique Brews and Coffee Crafting Magic
- ZJLD’s “Zhenjiu World Tour — Light Chasers in Antarctica” Successfully Concluded
Leave a comment