AM

Kawalan, pencegahan dan pembasmian yang cekap adalah penting untuk membendung penularan LSD di Malaysia – Dr Ronald Kiandee

116

SABAK BERNAM 12 JUN 2021 – Bagi meninjau sendiri kelangsungan rantaian bekalan makanan di lapangan ketika tempoh penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee telah mengadakan lawatan kerja ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya, Sabak Bernam Selangor semalam.

Menurut Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di dalam satu kenyataan semalam, lawatan Dr Ronald pada kali ini juga bertujuan bagi melihat aktiviti sektor ruminan di peringkat ladang susulan penularan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) yang dilaporkan menjangkiti ternakan lembu/kerbau.

“MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengambil tindakan segera mengaktifkan survelan menerusi DVS Negeri serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) untuk menjalankan pemeriksaan ke atas ternakan di ladang-ladang dan premis kuarantin.

Langkah ini adalah bagi mengesan sekiranya terdapat ternakan yang menunjukkan tanda-tanda klinikal LSD.

Bagi mencegah risiko kemasukan virus LSD menerusi pengimportan ternakan hidup, MAFI melalui DVS juga telah menggantung pengimportan ternakan lembu/kerbau bagi tujuan pembiakan dan penyembelihan dari negara terjangkit seperti Thailand berkuatkuasa pada 7 Jun 2021.” jelas LPP.

Dalam pada itu, Dr Ronald berkata DVS akan terus mengaktifkan program survelan di lapangan menerusi pemeriksaan fizikal di semua ladang/kandang ternakan di seluruh negara bagi mengesan ternakan terjangkit.

“Tindakan pengawalan dan pencegahan LSD adalah melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) Kawalan Penyakit Berjangkit dan SOP Pengurusan Ternakan di Lapangan. Penternak diingatkan untuk mempertingkatkan amalan perladangan yang baik dari aspek biosekuriti, kebersihan ladang, kawalan makhluk perosak, sumber air bersih dan sumber makanan daripada pengilang yang mempunyai pensijilan Good Manufacturing Practices (GMP).

Kawalan, pencegahan, dan pembasmian yang cekap dan bertanggungjawab oleh semua pihak berkepentingan adalah sangat penting bagi memastikan penularan LSD di Malaysia dapat dibendung bagi memastikan pengeluaran ruminan tidak terjejas dan menjamin kelestarian industri ruminan negara.

Ini juga penting memandangkan Tahap Sara Diri (SSL) daging lembu masih berada pada sekitar 22.3 peratus dan negara masih bergantung kepada import bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.” kata Dr Ronald.

Di PPK Bernam Jaya, Dr Ronald meninjau industri penternakan menerusi projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan oleh usahawan Encik Mohamad Rasfanjani Mashugi di Unit Peladang Kampung Tebuk Jawa, di bawah PPK Bernam Jaya yang berjumlah 250 ekor. Projek ini bermula pada tahun 2020 dilaksanakan secara usahasama antara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS), PPK Bernam Jaya dan Mohamad Rasfanjani.

Baru-baru ini DVS telah mengambil ketetapan untuk menggantung pengimportan lembu dan kerbau daripada Thailand berkuatkuasa serta-merta bagi membendung risiko penularan LSD daripada negara Thailand demi kepentingan industri penternakan ruminan Negara.

Tindakan tersebut diambil atas penilaian kepada risiko penularan LSD yang dilaporkan telah menular kepada lebih 41 province di negara Thailand.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...