Kenyataan MediaPolitik @ My LNA

PH Gesa MITI Bertanggungjawab, Cadang Kadar Bantuan Dinaikkan

52

13 JUN 2021 – Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa supaya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih bertanggungjawab dalam memberikan kelulusan kepada jenis perniagaan yang layak beroperasi sepanjang PKP3.0 yang sehingga direkodkan 17 sektor dibenarkan beroperasi sekaligus merencatkan usaha untuk melandaikan lengkuk pandemik Covid-19.

Pakatan Harapan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kos Sara Hidup turut mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan dan mempercepatkan bantuan one-off RM500 (pendapatan bawah RM2,500.00) atau RM300 (RM2,500.00-RM5,000.00) kepada ke RM2,000.00 dan RM1,500.00.

“PH turut mencadangkan Moratorium selama 3 bulan kepada golongan M40 wajar dilaksanakan, setakat ni hanya B40 sahaja yang diberikan, sedangkan M40 juga terjejas teruk”, ujar pihak mereka.

Selain itu juga, PH turut mendesak kerajaan supaya Subsidi upah dilanjutkan kepada 3 bulan bagi membantu SME dan mengelakkan pekerja dibuang kerja dan subsidi atau rebat TNB sebanyak 30% utk pengguna domestik kerana penggunaan di rumah akan bertambah.

“PH turut menyokong keputusan kerajaan untuk melanjutkan penutupan penuh Fasa Kedua di seluruh negara selama 14 hari dari 14 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021”, ujar kenyataan tersebut.

Jawatakuasa Kos Sara Hidup merupakan jawatankuasa dibentuk di bawah  Pakatan Harapan dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Parti Keadilan Nasional, Parti Amanah Negara dan Parti Tindakan Demokratik.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...