Pendidikan @ My LNA

1,098 PELAJAR SPM 2020 MRSM PEROLEH SEMUA A

147

10 JUN 2021 – Maktab Rendah Sains MARA telah mencatat kejayaan dengan mencapai 100% gred lulus dalam semua mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2020 (SPM 2020) yang diumumkan semalam.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dalam kenyataan semalam berkata, pencapaian SPM 2020 menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan bilangan calon yang mendapat semua A (A+, A dan A-) dalam SPM 2020 adalah seramai 1098 orang berbanding 761 orang pada tahun 2019. Manakala bilangan calon yang memperoleh semua A+ adalah seramai 22 orang.

“Indeks Gred Purata Maktab (GPM) SPM 2020 adalah 2.359. Keputusan ini menunjukkan peningkatan prestasi berbanding SPM 2019 (2.538) dan SPM 2018 (2.458)”, kata beliau.

Seramai 8095 calon dari 53 buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh Malaysia telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

“Daripada jumlah MRSM tersebut, sebanyak lapan (8) buah MRSM menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan GPM kurang daripada 2.0 iaitu MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Langkawi, MRSM Taiping, MRSM Alor Gajah, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Johor Bahru, MRSM Kuantan dan MRSM Pengkalan Hulu”, ujar beliau lagi.

Abdul Latiff menambah subjek teras dalam SPM 2020 iaitu Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Matematik menunjukkan peningkatan Gred Purata Subjek (GPS) berbanding SPM 2019.

“Pencapaian subjek STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) dalam SPM 2020 juga menunjukkan peningkatan GPS bagi subjek Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Reka Cipta’, ujar beliau.

Beliau turut menambah selain itu subjek Elektif lain seperti Prinsip Perakaunan, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Ekonomi juga menunjukkan peningkatan dari segi GPS” ujar beliau sambil menghargai komitmen pengurusan MARA dan MRSM serta semua warga guru yang memainkan peranan besar dalam kejayaan SPM 2020 walaupun dalam pandemik Covid-19.

“MARA akan terus komited untuk meningkatkan prestasi akademik calon- calon SPM tahun 2021 dan melaksanakan inisiatif menetapkan pakej mata pelajaran dengan memberi fokus kepada bilangan maksimum subjek yang diambil serta menyusun semula peruntukan sela masa bagi subjek-subjek Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM)” ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Kad MySiswa dokong Agenda Pemerkasaan Mahasiswa

PERLIS 23 Mac 2024 – Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr....

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Pertandingan DIY Made Simple 2024 Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 – Pendaftaran bagi pertandingan tahunan DIY Made...