Pelancongan @ My LNA

MOTAC Komited Bangunkan Industri Pelancongan Negara Pasca Covid-19

84

Pelancongan, seni dan budaya merupakan sektor yang terpenting di Malaysia. Menerusi sektor ini, sebanyak 15.9% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM 240.2 bilion. Menyedari sumbangan yang besar kepada negara pada tahun 2019, MOTAC mengambil beberapa inisiatif dalam memacu dan menggerakkan kembali sektor pelancongan yang dilihat agak “sendu” berikutan pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia dan dunia ketika.

Gambaran “sendu” ini bukan hanya berlaku dalam sektor pelancongan dalam negara semata-mata, malahan turut meninggalkan kesan kepada sektor pelancongan di seluruh dunia serta industri rantaian yang melibatkan pelancongan seperti perkhidmatan bas persiaran, penerbangan, perhotelan, penyediaan makanan dan restoran dan sebagainya. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri ketika ditemubual dalam SWA TV secara langsung hari ini menggariskan perancangan, pelaksanaan dan penglibatan semua pihak pihak meliputi pelbagai kementerian, pemain industri sehingga kepada persatuan-persatuan yang berkaitan seni dan budaya.

Konsep Buka Pintu Untuk Semua

Menyedari bahawa MOTAC tidak boleh bergerak bersendirian dalam menghadapi suasana yang sukar ini, Nancy bertindak dengan proaktif dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi serta kerajaan negeri dalam memastikan sektor ini dapat bertahan.

“Setiap cadangan yang dikemukakan oleh pemain industri akan dikemukakan sekiranya dalam bidang tugas MOTAC, saya meminta Ketua Setiausaha MOTAC yang juga merupakan Pesuruhjaya Pelancongan mengkaji dan mengambil langkah yang sesuai, terutamanya perkara-perkara berkaitan dengan yuran”, ujar beliau.

Bagi memastikan setiap cadangan tersebut sampai kepada beliau, Nancy turut mengadakan kerjasama erat, mendapatkan pandangan dan sesi libat urus bersama Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) dan Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA).

Turut tidak ketinggalan ialah pemain-pemain industi lain seperti MATTA, MTC, BUMITRA bagi bersama-sama merangka hala tuju industri. Konsep membuka pintu untuk semua mampu memberikan beliau gambaran sebenar berhubung permasalahan yang berlaku di bawahnya.     Menurut Nancy lagi, menerusi Tourism Recovery Action Council (TRAC) dan Pasukan Pengurusan Komunikasi Strategik dan Pengurusan Krisis MOTAC, sebanyak empat

(4) siri sesi libat urus dilaksanakan pada tahun 2021 telah diadakan dengan melibatkan penggiat industri daripada sembilan (9) subsektor yang meliputi 28 persatuan. Antaranya adalah agensi pelancongan, pemandu pelancong, industri spa, industri penerbangan, industri MICE, taman tema, pusat beli belah, peruncit dan hotel.

Terkini, MOTAC sekali lagi melaksanakan sesi libat urus (engagement) dengan penggiat industri pelancongan pada 24 Mei 2021 bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan yang bersifat quick wins demi memastikan penggiat industri terus bertahan.

Nancy memaklumkan kesemua cadangan yang dikemukakan semasa sesi libat urus tersebut akan dibawa ke pengetahuan kerajaan segera.  

Beliau turut melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada pegawai dan kakitangan MOTAC dan Agensi dibawahnya yang bekerja bertungkus lumus bagi memastikan sektor pelancongan kembali bangkit.

Kerjasama Merentasi Kementerian

Bagi memastikan industri pelancongan kembali pulih, Nancy berkata bahawa MOTAC akan ndustr MOSTI dalam bekerjasama pihak persatuan dalam usaha untuk melaksanakan inisiatif pemberian vaksin kepada sektor pelancongan, seni dan budaya.

“Peringkat permulaan, MOTAC memberikan keutamaan kepada ndustry yang sedang beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 sebagai tourism frontliners bagi tujuan kuarantin, pengasingan dan pekerjaan untuk perkhidmatan perlu serta golongan yang berisiko tinggi menerusi Program Vaksinasi dan Sukarelawan MOTAC”, ujar beliau.

Beliau turut mencadangkan kepada MOSTI supaya pemberian suntikan vaksin dilaksanakan secara berfasa bermula dengan 30,530 tenaga kerja kepada beberapa sub-sektor perkhidmatan pelancongan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 terlebih dahulu.

Pengumpulan data untuk pemberian vaksin melibatkan petugas di bawah MOTAC merangkumi Petugas hotel sebagai Pusat Kuarantin (berdaftar dengan MOTAC); Petugas hotel bukan Pusat Kuarantin tetapi beroperasi sepanjang PKP 3.0 (berdaftar dengan MOTAC), Petugas ndustry penerbangan yang masih bertugas bagi bulan Jun 2021 (MAS, AirAsia, Malindo) dan Petugas MICE yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Fasa seterusnya pula menurut beliau akan melibatkan sub-sektor lain di bawah MOTAC berdasarkan kepada kelonggaran pengoperasian sektor ekonomi selepas PKP 3.0 yang terdiri daripada pemandu pelancong, TOBTAB, Spa, PUK dan Refleksologi, Industri Taman Tema/Kelab Golf, Pengusaha Homestay, Artis Persembahan, Pengusaha Kraftangan dan Galeri muzium, Perpustakaan, Arkib dan Warisan.

Nancy turut menawarkan kepada MOSTI fasiliti atau aset bersesuaian di bawah MOTAC untuk dijadikan PPV sekiranya diperlukan.

“Sehingga kini, beberapa lokasi telah dikenalpasti seperti Kompleks Kraf di Langkawi selain beberapa destinasi Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, Pusat Konvensyen Setia Spice, Pulau Pinang, Pusat Konvensyen Seberang Perai Arena Pulau Pinang, Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang dan Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang] di mana ia turut melibatkan penyertaan kakitangan atau pihak ndustry sebagai sukarelawan melalui platform MyVAC sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV)”, ujar beliau.

Langkawi Sebagai Projek Perintis

Dalam memastikan industri pelancongan segera dipulihkan, Nancy komited dalam menggerakkan usaha-usaha beliau secara bersepadu untuk memulihkan destinasi tumpuan pelancong dalam negara.

Berdasarkan data yang diberikan, dianggarkan sekitar 76,400 orang penduduk di Langkawi yang rata-rata bekerja dalam sektor pelancongan dan rantaian perkhidmatan pelancongan.

Bagi usaha tersebut, Pulau Langkawi telah dipilih memandangkan pulau tersebut terjejas teruk dengan jumlah ketibaan pelawat termasuk pelancong antarabangsa dan ndustry menyaksikan penurunan 54.1% tahun lalu iaitu seramai 1,802,602 orang berbanding berbanding seramai 3,924,326 orang pada tahun 2019.

“MOTAC bersedia menghulurkan bantuan tenaga dan kewangan kepada Pulau Langkawi bagi mempercepatkan proses vaksinisasi” ujar beliau.

Kesan Covid-19 Kepada Industri Pelancongan

Covid-19 telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada industry pelancongan. Sejak pelaksanaan PKP 2.0, banyak hotel dilaporkan menamatkan operasi atau merancang untuk berbuat demikian.

“Menurut Persatuan Hotel Malaysia (MAH), lebih daripada 100 hotel telah menamatkan operasi sejak Mac 2020 dan menjejaskan sekitar 7,000 pekerja secara langsung”, ujar beliau.

Beliau menambah, berdasarkan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak 625 perkhidmatan penginapan yang merangkumi hotel, resort, motel, hotel apartmen, chalet, rumah rehat/ rumah tetamu, bed and breakfast unit, asrama, homestay, aktiviti penginapan jangka masa pendek dan lain-lain ditutup/ digulung/ dibubarkan bagi tempoh 1 Mac hingga 31 Disember 2020 sambil melahirkan kegusaran terhadap situasi yang melanda bukan hanya di Malaysia malah melibatkan seluruh dunia.

Menurut laporan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), pada tahun 2020, pergerakan penumpang (passenger traffic) adalah seramai 26.7 juta penumpang, iaitu penurunan sebanyak 75.5% berbanding tahun 2019 (109.2 penumpang).

Tambahan pula, berdasarkan data daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), secara purata, pergerakan penumpang di lapangan terbang telah berkurang sebanyak 75.8% bagi pergerakan ndustry dan 92.3% bagi pergerakan antarabangsa bagi Mac 2021 berbanding Mac 2020.

Sinar Buat Industri Pelancongan

Sejak Nancy menerajui MOTAC, beliau giat turun padang bertemu dengan pemain industri dan mengadakan sesi libat urus dari semasa ke semasa.

Beliau turut melahirkan kesyukuran di mana Kabinet turut memberi tumpuan terhadap situasi yang melanda serta bantuan dan inisiatif yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.

Antara bantuan PEMERKASA dan PERMAI yang telah diumumkan oleh kerajaan khusus untuk sektor pelancongan adalah seperti Bantuan Kewangan Kepada Pengusaha Program Pengalaman Homestay Malaysia, Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas Secara One-Off RM3000.00 Bagi Syarikat Pengendalian Pelancongan Yang Berlesen Di Bawah MOTAC, Bayaran Bantuan One-Off RM500.00 Kepada Pemandu Pelancong Berlesen dan Bayaran Bantuan Kewangan Secara One-Off Geran Khas Prihatin Tambahan Kepada Pemandu Pelancong Berlesen Negeri Sabah

Maklumat lanjut berhubung bantuan-bantuan ini boleh melayari laman sesawang www.motac.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles