Kenyataan Media

Pengamal Media Mula Terima Vaksin Hari Ini, Jumlah Penerima Akan Ditingkatkan – Khairy

52

9 JUN 2021 – Seramai 98 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang membabitkan wartawan, jurukamera serta pengurusan kanan agensi dan portal berita menerima dos pertama hari ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seroja di Presint 15, Putrajaya.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata bilangan pengamal media yang akan menerima vaksin akan ditingkatkan pada minggu hadapan.

“Pada masa seminggu akan datang lebih ramai lagi pengamal media di seluruh negara akan mendapat tarikh janji temu bagi mendapatkan vaksin mereka” katanya dalam sidang media mingguan perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di sini, hari ini.

“Pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang mendapatkan senarai nama petugas media daripada Jabatan Penerangan bagi memastikan golongan tersebut mendapat perlindungan daripada COVID-19 kerana perlu menjalankan tugas secara fizikal sejak wabak ini melanda negara”.

Dalam sidang media yang sama, Khairy turut menjelaskan bahawa vaksin perlu diberikan kepada semua yang berada di Malaysia termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati).

“Setahu saya, kita perlu memberikan vaksin kepada semua orang yang berada di Malaysia dan kita akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu ini” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...