AM

Selangor Peruntuk Lebih RM 200juta Untuk SCVP

58
Creative red news header background. Information and breaking concept. 3D Rendering

SHAH ALAM 9 JUN 2021 – Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan lebih RM200 juta bagi pelaksanaan Selangor Covid-19 Vaccination Program (SCVP) khusus untuk mempercepatkan proses vaksinisasi di Selangor. 

Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan tersebut menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 sebentar tadi.

Beliau berkata, bagi tujuan tersebut kerajaan negeri telah memuktamadkan dengan pembekal yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk membekalkan vaksin secara berfasa di Negeri Selangor yang dijangka bermula pada akhir Jun 2021.

“Fokus penerima vaksin selain golongan warga emas dan pekerja industri serta perkilangan juga perkhidmatan, Kerajaan Negeri Selangor juga mengusahakan perolehan vaksin sebagai persediaan melindungi generasi muda yang bakal berumur 18 tahun tetapi yang belum menerima vaksin. Melihat kepada data Kementerian Kesihatan Malaysia, 82,341 kanak-kanak telah dijangkiti COVID-19. Daripada jumlah itu, 27,402 berumur antara 13 tahun sehingga 17 tahun dan mereka adalah pesakit kategori 1, 2 dan 3” ujar beliau.

Amirudin turut memberitahu bahawa kerajaan negeri akan kembali ke Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk bersama-sama membincangkan pelan kita dan memastikan pelarasan data-data penerima vaksin agar ianya selari bagi mempercepatkan imuniti kelompok (herd immunity) di Selangor Darul Ehsan sejajar dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Selangor bersedia untuk melaksanakan enrolmen ini bertujuan untuk meningkatkan tahap perlindungan kesihatan beberapa kumpulan sasar seperti golongan B40, warga emas, guru dan sebagainya daripada bahana virus COVID-19.

“Pelaksanaan SCVP tidak akan membebankan sistem kesihatan awam di negeri Selangor kerana kita mempunyai jaringan lebih dari seribu klinik-klinik Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) yang bersama kita di bawah program Peduli Sihat yang bersedia melaksanakan program vaksinasi sama ada melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV), rumah ke rumah mahupun premis ke premis”, ujar beliau lagi. Bagi tujuan tersebut, Amirudin dijangka akan bertemu Kerajaan Persekutuan segera untuk melaksanakan program vaksinasi dengan  harapan mempercepatkan inokulasi rakyat sebagai salah satu strategi terpenting mendepani wabak ini sambil menggesa supaya kerajaan negeri lain diberikan peluang untuk membeli vaksin yang telah diluluskan oleh NPRA. 

Sebelum ini kerajaan negeri di bawah Amirudin Shari telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 1 dan 2, Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor, Pakej Kita Selangor 1.0 pada awal tahun ini bermatlamatkan membina daya tahan dalam keluarga, komuniti, sistem kesihatan serta sistem ekonomi sehingga masyarakat dapat mencapai herd immunity ataupun imuniti kelompok.

Langkah Kerajaan Negeri Selangor harus dipuji serta satu inisiatif bagi mempercepatkan proses vaksinisasi di bawah PICK sekaligus membantu negara mencapai 80% imuniti kelompok.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...