Pendidikan @ My LNA

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Hargai BAIK

74
SSUCv3H4sIAAAAAAAACnRSu27EIBDsI+UfLGpbAr99bZQ+UpIqSoFhbaPj4AT4otPp/j3Y2AlF0rEz7OzMwu3xIUlQT61g6JDclsrXQsrZOkOd0MrDON1wA4qDiRHgwmkjqIzBnjo2KXoCD6pZygW+rySyjrrZgl2GbRCjDkavEcAfieDoI9TJTqyk7/AUeuYzCxbTiLRzv5CvbNJapsmTlhJGSJN3JS5grHDXBBxDe0cw8c+EF9BnCX/JvwEo+ysSDp/7AugIil3XjFF2AxJoyL7FQpg3pBs6yHCPSVYSjLOelH1Gak4x5LzhQ7AapNHxy4E5xdujMxc6WtxFMyqXC0U0+WwEE2qM2rSb1ofc25ielTOLZbTHRVLrM+19/kMyeE3Y8Yla66/zHY8GMf9t9Cmao7RbA2+qiPvHXkpS5EXekLbLK5yXdV4V24XwQSbhdVY7u5Cv2VHwOLpYHKAhrwkGxjMC0GRlXkDWkrbKGDRtVRekaxruV3j/BgAA//8DAHrNREHqAgAA

KOTA KINABALU 9 JUN 2021 – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menghargai   inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk mengagihkan bantuan 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah semalam.  

Menurut JPN Sabah, seramai 9,842 murid Tingkatan 5 dan 6 di sekolah bawah JPN Sabah dan 158 murid di sekolah bawah Sekolah Agama Negeri yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia tahun 2021 akan menerima bantuan komputer riba.

JPN Sabah bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah di seluruh negeri akan memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti murid yang layak menerima bantuan tersebut, kata jabatan tersebut menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Hajiji dilaporkan berkata pemberian komputer riba itu yang dipersetujui oleh Kabinet Negeri Sabah, membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta akan menyasarkan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini.

JPN Sabah mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah untuk bersama-sama memastikan murid terus mendapat akses pendidikan mengikut kesesuaian murid dan guru, khususnya dalam tempoh yang mencabar ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya...