9 JUN 2021 – Seramai 98 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang membabitkan wartawan, jurukamera serta pengurusan kanan agensi dan portal berita menerima dos pertama hari ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seroja di Presint 15, Putrajaya.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata bilangan pengamal media yang akan menerima vaksin akan ditingkatkan pada minggu hadapan.
“Pada masa seminggu akan datang lebih ramai lagi pengamal media di seluruh negara akan mendapat tarikh janji temu bagi mendapatkan vaksin mereka” katanya dalam sidang media mingguan perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di sini, hari ini.
“Pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang mendapatkan senarai nama petugas media daripada Jabatan Penerangan bagi memastikan golongan tersebut mendapat perlindungan daripada COVID-19 kerana perlu menjalankan tugas secara fizikal sejak wabak ini melanda negara”.
Dalam sidang media yang sama, Khairy turut menjelaskan bahawa vaksin perlu diberikan kepada semua yang berada di Malaysia termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati).
“Setahu saya, kita perlu memberikan vaksin kepada semua orang yang berada di Malaysia dan kita akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu ini” katanya.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment