8 Jun, KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja dilapor akan bersidang pada 16 Jun depan bagi membincangkan perkembangan negara serta isu-isu melibatkan kepentingan rakyat.
Akhbar The Straits Times Singapura pada 7 Jun melaporkan bahawa mesyuarat tergempar pada Rabu depan merupakan sesi tertutup yang hanya akan dihadiri oleh Raja-Raja Melayu.
Perkembangan ini hadir setelah ciapan Datuk Khairuddin Abu Hasan, penggerak Pejuang serta penyokong kuat Tun Mahathir Mohamad berhubung pertemuan pemimpin-pemimpin utama parti politik bersama Yang Dipertuan Agong.
Portal berita Malaysiakini pula melaporkan Ketua Penerangan Protem Pejuang Ulya Aqamah Husamudin berkata Pengerusi Pro-tem Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini.
Malaysiakini turut melaporkan beberapa pemimpin politik kerajaan pula tidak dapat mengesahkan mengenai jemputan Yang Dipertuan Agong. Bagaimanapun, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon ketika diajukan soalan sama oleh Malaysiakini, masing-masing menyatakan mereka tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu setakat ini.
Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran pula memaklumkan parti mereka belum menerima sebarang jemputan rasmi daripada Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui mendengar desas-desus berkenaan namun tidak dapat memastikan sama ada parti tersebut telah menerima surat jemputan tersebut.
Sumber dalaman Istana Negara turut memberitahu Straits Times bahawa mesyuarat Raja-Raja pada hari Rabu depan diputuskan beberapa hari yang lalu kerana krisis pandemik Covid-19 dalam negara yang semakin buruk, kempen vaksin yang perlahan dan desakan oleh pemimpin kerajaan dan pembangkang yang semakin meningkat untuk menamatkan proklamasi darurat dan membenarkan Parlimen bersidang.
“Ini bukan sesi Majlis Raja-Raja, tetapi pertemuan khas berkaitan darurat,” kata sumber kerajaan kepada akhbar tersebut. Beliau juga enggan mengulas lebih lanjut. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijadualkan pada 24 Februari dibatalkan pada saat-saat terakhir kerana sekatan di bawah perintah kawalan pergerakan yang berlaku pada masa itu.
Persidangan antara Sultan, yang diadakan tiga kali dalam setahun, dan dijadualkan diadakan pada 30 Jun.
Sehingga kini, Istana Negara belum memberikan sebarang mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung isu ini.
Pada hari Isnin, beberapa portal berita dalam talian melaporkan bahawa Sultan Abdullah akan bertemu pemimpin parti politik mulai Rabu ini. Portal The Malaysian Insight memetik sumber kerajaan yang mengatakan bahawa pertemuan itu akan “terhad kepada parti yang berdaftar sahaja.”
Beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan di bawah Muhyiddin Yasin dikritik oleh pemimpin kerajaan dan pembangkang berhubung kelemahan dalam menangani pandemik Covid-19 di Malaysia, serta desakan untuk benarkan sidang parlimen.
Selain itu juga, kritikan kepada kerajaan turut melibatkan program vaksin nasional yang dilihat lambat selain desakan supaya isu moratorium diberikan kepada semua peminjam.
Kekeliruan berhubung SOP untuk sektor perindustrian di mana Azmin Ali dikritik berhubung jumlah kilang yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP Penuh ini walaupun dimaklumkan oleh beliau bahawa MITI bukanlah satu-satunya kementerian yang memberikan kebenaran beroperasi tetapi melalui CIMS 3.0 yang turut diakses oleh kementerian lain.
Twitter di Malaysia telah dikuasai oleh pihak-pihak yang kecewa dengan prestasi kerajaan dalam pentadbiran serta tanda pagar #kerajaangagal dan #Muhyiddinout menjadi cukup terkenal di kalangan pengkritik.
Muhyidin Yasin pada 31 Mei yang lepas telah mengumumkan PEMERKASA Tambahan sebagai inisiatif dan bantuan kepada rakyat susulan pengumuman PKP Penuh bermula 1 Jun lepas.
Golongan M40 dan T20 menganggap tiada inisiatif baru yang diberikan kepada mereka selain mendesak moratorium pukal diperkenalkan semula.
- Join the PQ.Hosting Affiliate and Reseller Programs for Increased Revenue and Client Growth
- KFSHRC Introduces Pioneering Virtual Pathology Services in Madinah
- In celebration of the 75th anniversary of the founding of the People’s Republic of China, Sun Hung Kai Properties’ New Town Plaza 40th anniversary celebration ceremony
- Hong Kong Accident Lawyers Launches Comprehensive “Hong Kong Traffic Black Spots Database” to Enhance Road Safety for Drivers and the Public
- Chancay to Shanghai — Alpacas on the Move
Leave a comment