Ekonomi @ My LNAKenyataan MediaPengguna @ My LNA

RM600 Juta Subsidi Minyak Masak Tahun Ini Di Bawah Program COSS – KPDNHEP

199

PUTRAJAYA 8 JUN 2021 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperuntukkan Sebanyak RM600 juta bagi melaksanakan Program Skim Rasionalisasi Minyak Masak atau Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS) bagi tahun ini.

Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata bantuan pada tahun ini meningkat berbanding RM528 juta tahun lalu bagi program COSS.

“Subsidi ini diberikan kepada minyak masak yang dipek dalam bungkusan polibeg 1 kilogram (kg) dan ditawarkan kepada pengguna pada harga mampu milik yang sangat munasabah iaitu RM2.50 sepeket walaupun harga minyak masak mentah (CPO) di pasaran dunia meningkat pada masa ini” katanya.

“Kerajaan telah memperuntukkan 60,000 tan metrik ™ sebulan bersamaan dengan 60 juta polibeg sebulan bagi kegunaan seluruh peringkat” katanya dalam satu kenyataan semalam.

COSS adalah program subsidi minyak masak bertujuan untuk meringankan bebanan pengguna dalam kos sara hidup mereka dan kualiti minyak masak yang dijual dalam polibeg adalah sama dengan yang dijual dalam botol.

Jelas beliau, minyak masak yang dijual dalam botol plastik bersaiz 2kg, 3kg, 5kg dan dalam tin 17kg adalah tidak bersubsidi di mana harganya ditentukan oleh harga CPO di pasaran dunia.

“Harga CPO di pasaran dunia kini mencecah lebih RM4500 tan metrik bersamaan lebih kurang RM4.50 per kg sebelum diproses dan dibotolkan”.

“Ini bermakna kos minyak sawit mentah sahaja sebelum dibotolkan sudah melebihi RM22 untuk 5kg tidak termasuk kos-kos lain seperti pemprosesan, pembotolan, pengangkutan dan keuntungan di semua peringkat kilang, pemborong, pengedar dan peruncit” katanya.

“KPDNHEP sedang berbincang dengan beberapa kementerian dan agensi yang berkaitan untuk mempertingkatkan mekanisme pelaksanaan harga untuk minyak masak bersubsidi dan tidak bersubsi di pasaran bagi mengurangkan beban pengguna”.

Dalam kenyataan yang sama beliau menegaskan Pihak Penguat Kuasa akan mengambil tindakan tegas jika terbukti peniaga melakukan pencatutan terhadap harga barang termasuk minyak masak di bawah AKHAP 2011.

“KPDNHEP akan melaksanakan kuasa yang diberikan kepada Kementerian seperti mengenakan harga kawalan atau harga maksimum jika didapati harga sesuatu barang itu melonjak kepada paras yang tidak munasabah” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...