Ekonomi @ My LNA

Kerajaan Salur RM 1.5 Bilion Bayaran GKP 3.0 Kepada 1 Juta Usahawan PKS Mikro

69

PUTRAJAYA 8 JUN 2021 – Kerajaan telah memperuntukan jumlah bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 sebanyak RM1.5 bilion bagi sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata jumlah itu merupakan keseluruhan bantuan yang disediakan oleh kerajaan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada 17 Mac dan PEMERKASA Tambahan yang diumumpkan pada 31 Mei lepas.

“GKP 3.0 bagi PEMERKASA adalah sebanyak RM1,000 dan PEMERKASA Tambahan pula menyaksikan penambahan RM500 menjadikan jumlah bayaran keseluruhan sebanyak RM1,500 bagi setiap PKS mikro” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, 1 juta PKS mikro melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 serta PKS mikro yang baharu lulus GKP 3.0 akan menerima bayaran sebanyak RM1,000 mulai 10 Jun 2021 (Khamis) secara berperingkat melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM1.0 bilion.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 di pautan https://gkp.hasil.gov.my “.

Jelasnya, bayaran tambahan sebanyak RM500, melibatkan peruntukan hampir RM500 juta, akan dibayar pada Julai 2021 menjadikan jumlah keseluruhan di bawah GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion.

“Secara keseluruhan, sejumlah RM5.08 bilion telah dan akan disalurkan kepada hampir 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

PADU : Elakkan pendaftaran di saat terakhir

PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 – Pangkalan Data Utama (PADU) telah menyaksikan peningkatan...