Pendidikan @ My LNA

BAIK Untuk Pelajar Tingkatan 5 dan 6

130

6 Jun, Kota Kinabalu – Kerajaan Negeri Sabah akan mengagihkan sebanyak 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar Tngkatan 5 dan 6 bermula 19 Julai hingga 18 Oktober ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata pemberian komputer riba itu yang dipersetujui oleh Kabinet, membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta akan menyasarkan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini.

Beliau berkata pengagihan komputer riba menerusi BAIK untuk Fasa 1 ini membabitkan 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan 158 dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

“Pengagihan akan mengambil masa selama kira-kira tiga bulan sehingga Oktober ini. Kerajaan negeri berharap pemberian komputer riba ini akan membantu pelajar yang tidak berkemampuan”ujar beliau.

“Ini adalah kaedah yang kita ambil untuk membantu agar pelajar yang  tidak berkemampuan tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

“Mesyuarat Kabinet sebelum ini telah bersetuju supaya satu jawatankuasa yang dipengerusikan bersama Menteri Tugas-Tugas Khas dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dibentuk untuk mencari kaedah membantu pelajar yang tidak berkemampuan supaya tidak tercicir PDPR”, ujar beliau.

“Komputer riba daripada pelbagai jenama termasuk ACER, Lenovo dan DELL itu boleh digunakan sehingga melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)” ujar beliau lagi.

Hajiji turut memberitahu kriteria pemberian komputer riba untuk Fasa 1 itu, membabitkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasih miskin tegar serta kerajaan negeri akan berusaha menyediakan gajet kepada pelajar yang kurang berkemampuan berikutan pelaksanaan PdPD ketika PKP.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNA

Mahasiswa UM selami budaya orang asli Temuan di Ulu Chembong

Projek Regain Experience Asli’s Life atau lebih mesra disebut sebagai Projek REAL...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Kenali, pelajari biodiversiti dengan setem

Oleh: Affan Nasaruddin Hobi mengumpul setem merupakan antara hobi yang semakin dilupai....

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM murnikan hubungan Malaysia-Timor Leste

KUNJUNGAN HORMAT DAN UCAP TAMA MENTERI DALAM NEGERI YB SENATOR DATUK SERI...