AM

Polis Johor Tumpaskan Sindiket Judi Online Korea Selatan Berjumlah RM 87 Juta

121

JOHOR BAHRU: Sindiket judi dalam talian dengan nilai pertaruhan terkumpul RM87 juta yang didalangi sembilan warga Korea Selatan juta berjaya ditumpaskan oleh Polis Johor pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejayaan itu hasil operasi dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di kediaman elit yang menjadi pusat operasi sekitar Iskandar Puteri.

“Seramai 10 suspek ditahan membabitkan sembilan warga Korea Selatan dan seorang lelaki tempatan berusia 29 hingga 66 tahun dalam serbuan yang dilakukan ke atas dua unit kediaman itu”.

“Siasatan awal mendapati warga Korea berkenaan berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan yang menjaga operasi judi dengan 100 peratus kaki judi membabitkan rakyat Korea Selatan” katanya dalam sidang media di IPK Johor di sini, hari ini.

Tambah beliau, kesemua warga asing itu bekerja dalam dua giliran kerja dalam tempoh 24 jam manakala warga tempatan berperanan sebagai ‘penjaga’ dengan menguruskan makan minum serta tempat tinggal mereka sejak mula beroperasi dua tahun yang lalu.

“Walaupun menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi, segala transaksi kewangan akan dimasukkan ke akaun bank yang berpusat di Korea Selatan dengan menawarkan lapan platform judi dalam talian”.

“Modus operandi yang digunakan ahli sindiket Korea Selatan ini adalah dengan masuk ke Malaysia sebagai pelancong menggunakan pas lawatan sosial sebelum menyewa kediaman di kawasan elit”.

“Hasil daripada serbuan dilakukan, polis berjaya merampas enam set computer, empat komputer riba, 13 telefon bimbit, lapan kad ATM, 12 keping kad prabayar, sebuah Toyota Hilux, empat modem, empat Ipad, wang Malaysia RM36,168 dan mata wang Korea bernilai 7,779,000 Won (RM28,886) yang kesemuanya berjumlah RM150,000” katanya.

“Bagi mengelak kegiatan haram mereka dikesan pihak berkuasa, sindiket ini akan menukar lokasi rumah sewa mereka setiap tiga hingga enam bulan”ujar beliau.

Dalam operasi itu, sembilan suspek warga Korea Selatan ditahan reman selama 14 hari bermula semalam, manakala suspek warga tempatan pula ditahan reman selama tiga hari.

“Semakan rekod lampau ke atas warga tempatan itu juga mendapati dia mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah”.

“Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) (G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953; Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1953/1963 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 /1963,” katanya.

Turut hadir, Ketua Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md Yusof Ahmad dan Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...