6 Jun 2021 – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada hari ini memaklumkan bahawa Ujian Lisan dan Amali Sains bagi SPM 2021 akan diadakan pada Februari 2022. Manakala Perperiksaan Bertulis SPM 2021 akan bermula pada Mac 2022.
“Kita telah umumkan bahawa keputusan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021. Calon-calon SPM 2021 tertanya-tanya bila pula mereka akan menduduki peperiksaan SPM 2021.
Untuk ujian lisan dan amali sains akan dilaksanakan dalam bulan Februari 2022. Untuk peperiksaan bertulis ianya akan bermula pada bulan Mac 2022.” kata Radzi ketika sidang media khas yang diaadakan hari ini.

Tambah Radzi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk membuat ketetapan tersebut setelah mengambil kira keadaan semasa dan juga mengambil kira cabaran yang perlu dilalui oleh calon-calon SPM 2021.
“Pengalaman kita dalam menguruskan SPM 2020 membolehkan kita menganjakkan tempoh atau pelaksaan SPM 2021 ke tahun 2022 dan kita yakin segala proses berkaitan dengan SPM 2021 ini akan dapat berjalan dengan lancar seperti mana kita berjaya melaksanakan SPM 2020. ” ujarnya.
- KOPERASI GTR & SIME DARBY OILS JALIN KERJASAMA PERKENAL MARJERIN EKSKLUSIF JENAMA ALIF UNTUK GTR BURGER
- Avery Dennison launches AD XeroLinr DT™, its linerless label portfolio for variable information printing
- Tapak Akuaponik Berteknologi Nano – Floraponic Farm Malaysia @ Manong
- MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R
- Tourism Malaysia – Air Asia Collaboration Brings Taiwanese Influencers And Bloggers To Promote Malaysia
Leave a comment