Pelancongan @ My LNA

Semua pengendali hotel yang berkenaan perlu daftar semula di CIMS 3.0 – MOTAC

70

5 Jun 2021 – Semua permohonan berkaitan sektor perhotelan bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dalam tempoh PKP bermula dari 6 hingga 14 Jun 2021 hendaklah dimohon melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0. Ia akan diproses dan diluluskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui platform CIMS 3.0 tersebut.

“Setiap permohonan juga perlu kemukakan salinan SSM terkini dan lesen perniagaan premis penginapan daripada PBT yang masih sah.

Surat kebenaran pergerakan yang dikeluarkan oleh MOTAC sebelum ini hanya sah sehingga 5 Jun 2021 (Sabtu) sebelum jam 12.00 malam. Selepas itu, mulai 6 Jun 2021 (Ahad) semua kebenaran pergerakan akan menggunakan surat kebenaran daripada MITI sahaja.” jelas MOTAC dalam satu siaran media yang dikeluarkan semalam.

Maka semua pengendali hotel yang berkenaan perlu mendaftar semula dan boleh terus memuat turun surat kebenaran beroperasi melalui pautan notification.miti.gov.my.

“Dengan perkembangan terbaharu ini, pergerakan pekerja bagi sektor perhotelan yang dibenarkan hanya boleh menggunakan Surat CIMS 3.0 dan Surat pengesahan lantikan daripada majikan ATAU pas pekerja.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung surat kebenaran pergerakan bagi sektor perhotelan sila kemukakan emel melalui plncovid19@motac.gov.my.” kata MOTAC.

Tambah MOTAC, Bagi pertanyaan berhubung SOP AM PKP di bawah aktiviti Pelancongan dan Kebudayaan boleh kemukakan emel melalui :

i) ukc19@motac.gov.my
ii) Talian Hotline MOTAC: 03-88917189
iii) Aplikasi Whatsapp: 019-2209965

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles