AM

Rina gesa kajian pemberian vaksin kepada kanak-kanak dipercepatkan

131

5 Jun 2021 – Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat (KPWKM) , Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini menggesa agar kajian pemberian vaksin epada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dipercepatkan kerana kanak-kanak juga merupakan golongan yang berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Katanya KPWKM akan berhubung dan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk memastikan kebajikan dan kesihatan kanak-kanak di negara ini terus terpelihara.

“Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, peningkatan jumlah akumulatif jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur adalah amat membimbangkan dan saya berharap agar perhatian segera dapat diberikan oleh semua pihak terhadap perkembangan terbaru ini.

Laporan terkini sehingga 30 Mei 2021 merekodkan seramai 82,341 orang kanak-kanak telah dijangkiti oleh virus COVID-19 yang terdiri daripada 19,851 kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah, 8,237 kanak-kanak berumur antara 5 hingga 6 tahun, 26,851 kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun dan 27,402 kanak-kanak berumur antara 13 hingga 17 tahun.” kata Rina di dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Rina turut mengulangi seruan kepada semua ibu bapa dan penjaga agar mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan memastikan juga supaya :

i. Tidak membawa kanak-kanak ke tempat yang sesak;
ii. Kanak-kanak sentiasa berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat;
iii. Sentiasa menjaga kebersihan diri kanak-kanak;
iv. Rancang aktiviti ‘indoor’ yang menceriakan;
v. Melatih kanak-kanak mengamalkan 3W (Wash, Wear & Warn) dan elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation);
vi. Memberi advokasi dan kefahaman tentang COVID-19 kepada kanak-kanak; dan
vii. Ibu bapa/penjaga mestilah mempunyai kesedaran dan mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat mengenai COVID-19 daripada sumber yang mempunyai kredibiliti untuk membendung berita palsu/tidak benar mengenai COVID-19.

Terdahulu, beliau turun padang membuat pemantauan dan tinjauan terhadap penyampaian perkhidmatan kebajikan oleh petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan petugas-petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Bersepadu COVID-19 (PKRC) di Melaka International Trade Center (MITC), Melaka. Beliau juga telah menyumbang barangan berupa alat permainan kanak-kanak yang telah disampaikan melalui pihak pengurusan PKRC untuk kegunaan kanak-kanak yang dijangkiti dan sedang mendapat rawatan di PKRC tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...