Muzik & Hiburan @ My LNA

PRISMA, bagaimanakah cara untuk memohon?

94

5 Jun 2021 – Susulan daripada pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) baru-baru ini berkenaan 960 penggiat muzik tanah air terima manfaat Dana Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik), ramai para pemuzik bertanyakan bagaimanakah cara untuk memhon dana tersebut.

Untuk mengetahu lebih lanjut, para pemuzik di minta untuk :

  1. Melayari pautan di https://www.kkmm.gov.my/awam/prisma . Para pemuzik yang berminat diminta untuk semak pautan tersebut dari masa ke semasa bagi mengetahu perkembangan terbaru.
  2. Dengan menghantar email ke :

Pada Selasa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah mengumumkan bahawa seramai 960 penggiat muzik tanah air menerima manfaat Dana Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik) untuk Program Hiburan Dari Rumah tahun 2021 berjumlah RM6 juta daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Menurut Saifuddin, dana tersebut diperuntukkan bagi menghasilkan kandungan kreatif dalam program Hiburan Dari Rumah yang akan melibatkan penyertaan daripada artis rakaman lama dan baharu, penyanyi dan pemuzik kelab hiburan, penyanyi dan pemuzik busker, ahli kumpulan nasyid dan lain-lain dari seluruh negara, merangkumi pelbagai peringkat umur dan genre muzik. Tambah beliau, penerbitan kandungan kreatif Hiburan Dari Rumah yang dihasilkan perlu mempunyai unsur muzik dan berkonsepkan muzik dari rumah, bersesuaian dengan situasi pandemik pada ketika ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Inteam Digital Meriahkan Ramadan dan Syawal dengan Penerbitan Album Quran, Nasyid dan Zikir

Sebagai salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital pastinya tidak...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang Ziana Zain Pikat CSA Academy Lantik Sebagai Duta Rasmi

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kisah Asma’ Sentuh Hati Mateen

Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Bunkface mendedahkan Single Terbaru Mereka “Hilang”

Kumpulan sensasi punk rock Malaysia, Bunkface, bersedia untuk memukau penonton sekali lagi...