Politik @ My LNA

KWP PINGGIRKAN PARLIMEN KEPONG?

91

Kuala Lumpur, 5 Jun – Kawasan di bawah parlimen Kepong didakwa telah dipinggirkan dalam Program Saringan Covid-19 di bawah kelolaan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong, kawasan Kepong seolah-olah dianaktirikan apabila tidak tersenarai di bawah program saringan vaksin Covid-19.

“Walaupun saya ahli parlimen pembangkang, orang-orang Kepong tidak perlu diperlakukan sebegini. Mereka membayar cukai tanah, cukai pintu serta pelbagai jenis cukai kepada pihak Kerajaan setiap tahun, justeru mereka tidak boleh dipinggirkan kerana penduduk parlimen Kepong berada dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Justeru itu mereka harus dilibatkan”, katanya yang kesal dengan sikap KWP yang terus menerus meminggirkan kawasan parlimen beliau memandangkan beliau berstatus pembangkang.

“Apakah perkara ini disengajakan? Program ini dijadualkan berjalan sebulan, mengapakah kawasan Parlimen Kepong tidak disertakan sekali? Apa alasan untuk kawasan-kawasan ini tidak disertakan? Kepong terdapat ramai golongan warga emas berisiko tinggi”.ujar beliau lagi.

Beliau mendakwa berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kawasan-kawasan di bawah kawal selia Pejabat Kesihatan Daerah Kepong telah dikategorikan sebagai zon merah, dengan lebih kurang 300 kes positif baharu setiap hari.

Beliau turut mengesa supaya KWP mencontohi Kerajaan Selangor dalam ujian saringan berskala besar secara percuma untuk orang ramai.

Jelasnya lagi, beliau juga telah meminta supaya Menteri Wilayah Persekutuan supaya membeli vaksin khas untuk warga Kuala Lumpur mempercepatkan proses vaksinisasi di kalangan warga Kuala Lumpur.  

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa memaklumkan saringan Covid-19 akan mula dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta Projek Vaksin Bergerak akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur selain menyasarkan 3 Wilayah Persekutuan antara negeri terawal mencapai jumlah imuniti berkelompok di negara ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...