Home AM Lebih 800,000 penjawat awam (tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28) sumbang Akaun Amanah Bencana
AMz10

Lebih 800,000 penjawat awam (tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28) sumbang Akaun Amanah Bencana

1 Jun 2021 – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki bin Ali mengumumkan bahawa sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56, serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 yang dinikmati oleh penjawat awam pada masa kini akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Menurut Mohd Zuki dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, ia adalah sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam mendepani pandemik COVID-19 dan sumbangan lebih 800,000 penjawat awam (tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28) tersebut adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta.

“Kita memahami penjawat awam khususnya sentiasa menjadi tulang belakang Kerajaan dalam usaha mengimbangi nyawa dan kehidupan. Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha Kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19 di Negara kita.

Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota Perkhidmatan Awam dan ahli keluarga kita.” kata Mohd Zuki.

Penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan adalah seperti berikut:

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...