28 Mei 2021 – Susulan pengumuman ‘total lockdown’ oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Pakatan Harapan (PH) Johor mendesak agar pengumuman ini mestilah disusuli dengan beberapa jaminan komitmen.
Ia adalah meningkatkan kadar saringan Covid-19 supaya angka jangkitan sebenar dapat memandu langkah pencegahan yang lebih berkesan, mempergiatkan usaha ‘contact tracing’ bagi memastikan gerak kerja menghentikan rantaian jangkitan penularan wabak Covid-19 dapat benar-benar dikenalpasti seterusnya dihentikan, dari langkah saringan dan ‘contact tracing’ secara besar-besaran ini, pengarahan kuarantin yang lebih bersasar boleh diperketatkan dan akhir sekali menyegera dan mendahulukan usaha vaksinasi dikalangan rakyat berpandukan maklumat dan data khususnya kepada kelompok sasar dan lokaliti berisiko tinggi.
“Pakatan Harapan Johor melahirkan kebimbangan, sekiranya perkara-perkara diatas tidak diurus dengan cermat dan teliti, ‘total lockdown’ yang dilaksanakan oleh Kerajaan hanyalah akan menemui kegagalan sepertimana yang terjadi sebelum ini.
Pada masa yang sama, Pakatan Harapan Johor mendesak agar pakej rangsangan ekonomi seperti bantuan kewangan dan juga moratorium untuk rakyat bagi membantu golongan yang menerima kesan besar berikutan ‘total lockdown’ diumumkan segera.” kata PH Johor dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.
Tambah PH Johor, seandainya tidak diurus dengan baik dan teliti, kesan dari perlaksanaan ‘total lockdown’ ini dikhuatiri akan menambah derita rakyat, ekonomi menjadi parah, pendidikan anak-anak terus dimangsakan dan kehidupan sosial rakyat tidak kembali pulih seperti sediakala.
Semalam Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Keputusan ini dibuat selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri petang semalam dengan mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
- Striking a balanced look on our universities’ rankings
- From rules to respect
- Gold Roses & Silver Roses, The Hand-Dipped Gifts That Keeps Giving All Year Long
- Tim Hortons® Premium Signature Store at Sunway Pyramid drops Unique Brews and Coffee Crafting Magic
- ZJLD’s “Zhenjiu World Tour — Light Chasers in Antarctica” Successfully Concluded
Leave a comment