Politik @ My LNAWanita @ My LNA

Menteri KPWKM tidak ambil peduli keperluan wanita di PPR Kampung Limau – Dr. Nurul Ashikin

85

29 Mei 2021 – Ketua Pejuanita Muda Malaysia, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi mempersoalkan sikap Menteri Pembangunan Wanita dan Kemajuan Masyarakat (KPWKM) yang didakwanya tidak ambil peduli soal keperluan penduduk wanita di PPR Kampung Limau yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Dr. Nurul Ashikin di dalam tulisannya di Facebook rasmi beliau, pihak Pejuanita Muda dimaklumkan oleh penduduk wanita di PPR Kampung Limau tersebut bahawa mereka tidak mempunyai stok tuala wanita. Manakala bekalan bantuan yang diterima tidak termasuk tuala wanita.

“Pada 27 Mei 2021, Pejuanita Muda hantar bekalan pad ke pegawai yang bertugas mengawal PPR Kg Limau. Hari yang sama juga kami diberitahu masih ada ramai wanita terputus bekalan pad & minta kami hantar lebih banyak lagi. Pada 28 Mei 2021, kami terima lagi mesej penduduk wanita disana minta pad dihantar pada hari yang sama sebab mereka terdesak perlukan pad. Kami juga terima nombor unit rumah-rumah yang perlukan pad. Pada 29 Mei 2021, Pejuanita Muda Malaysia, bersama Pejuang Wilayah & Pejuanita Muda Wilayah hantar 131 paket pad ke PPR Kampung Limau dengan kebenaran MKN.

Yang mengecewakan kami, Rina Harun dan KPWKM patutnya tahu semua wanita perlukan pad setiap bulan. Tapi kenapa pad tidak termasuk dalam bantuan setiap rumah sewaktu PKPD? Mana pergi dana KPWKM yang patutnya digunakan untuk membantu wanita? Bayangkan berapa ramai wanita sewaktu PKPD terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa sewaktu datang bulan tanpa pad.

Sudahlah mereka tidak boleh keluar membeli, bantuan yang diterima juga tidak termasuk keperluan penting untuk wanita. Bukan pad sahaja, pampers dan susu bayi juga tidak termasuk dalam bantuan PKPD kerajaan bagi setiap rumah. ” soal Dr. Nurul Ashikin.

Katanya lagi situasi tersebut terjadi apabila Kementerian yang sepatutnya membela hak dan nasib wanita diterajui oleh seseorang yang langsung tidak ambil berat hal wanita.

“Barang keperluan penting bagi setiap wanita pun Menteri KPWKM tak ambil peduli. Period Hygiene is a Fundamental Right, but I doubt Rina Harun understands what does it truly mean.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

PM digesa laksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Pertemuan TPM II dan Ketua Pembangkang Langkah Ke Depan Pengukuhan Demokrasi di Malaysia

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Tiong mahu Akmal henti main isu perkauman

KUALA LUMPUR 19 Mac 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat....