Ekonomi @ My LNA

Bekalan keperluan asas mencukupi sepanjang tempoh “Total Lockdown”

122

PUTRAJAYA 29 Mei 2021- Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyeru kepada semua pengguna supaya tidak melakukan pembelian panik dan berlebihan susulan dari pengumuman Kerajaan semalam untuk melaksanakan “Total Lockdown” Fasa Pertama di seluruh negara bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Kata Alexander Nanta di dalam satu kenyataan media hari ini, pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan oleh Penguat Kuasa Kementerian setiap hari bagi memastikan keberadaan bekalan barangan keperluan asas di semua negeri.

“Sepertimana pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu yang tidak merekodkan sebarang kes bekalan keperluan asas terputus, Kementerian yakin dan memberi jaminanan bahawa bekalan barang keperluan di seluruh negara masih stabil dan mencukupi semasa fasa lockdown ini.

Adalah menjadi harapan KPDNHEP bahawa semua pihak terutamanya peniaga dan pengguna bersama-sama bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan melalui kawalan kendiri dan mengikuti SOP serta tidak melakukan pembelian panik supaya bekalan makanan keperluan asas di seluruh negara terus berada pada tahap stabil dan mencukupi.” kata Ahli Parlimen Kapit itu.

Beliau turut memaklumkan bahawa penguatkuasaan OPS HAD 2J ditangguhkan serta-merta sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Walau bagaimanapun SOP PKP 3.0 yang lain masih terus dikuatkuasakan. Kementerian berharap pengguna dan pengunjung premis perniagaan akan terus merancang perbelanjaan dan perjalanan yang boleh meyebabkan penularan COVID-19 meningkat” ujarnya.

Semalam, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Keputusan ini dibuat selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri petang semalam dengan mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

17.65 Juta (58.7%) Profil Warganegara telah dikemaskini di Sistem PADU

PUTRAJAYA, 1 April 2024 – Seramai 11.55 juta (52.6%) warganegara berumur atas...