AM

RM 50 Juta Projek Baik Pulih Rumah Ibadat Selain Islam Diluluskan – Halimah

506

26 Mei 2021 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta di bawah Belanjawan Tahun 2021 bagi projek baik pulih, penyelenggaraan dan kerja-kerja kecemasan di rumah ibadat selain islam.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata program bantuan kewangan ini akan disalurkan kepada rumah-rumah ibadat selain Islam yang mengemukakan permohonan dengan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KPN.

Antara syaratnya adalah kerja-kerja sivil yang tidak melebihi RM100 ribu seperti membaiki struktur bangunan, kerja pendawaian elektrik yang tidak melebihi RM50 ribu seperti menyelenggara pendawaian elektrik dan kerja mekanikal yang tidak melebihi RM50 ribu seperti membaiki penghawa dingin, membaiki lif atau sistem pam tangki air.

“KPN juga telah menyediakan garis panduan dan tatacara permohonan peruntukan di bawah program ini untuk memastikan proses penyaluran bantuan kewangan berkenaan berjalan dengan telus dan lanca” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang lain, beliau turut mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia yang menyambut perayaan ini.

“Manfaatkan peluang dan kesempatan yang ada untuk menjiwai erti perpaduan yang sebenar selaras dengan amalan kebebasan beragama yang menjadi lambang perpaduan negara” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...