AMCOVID-19 @ My LNA

Tempoh kuarantin wajib ke atas pengembara dari Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan dilanjutkan kepada 21 hari

70

24 Mei 2021 – Sidang Khas Majlis Keselamanatan Negara (MKN) hari ini bersetuju untuk memperketatkan SOP Pelanjutan Tempoh Kuarantin Wajib ke atas Pengembara yang tiba di Malaysia. Ini susulan daripada situasi COVID-19 di dunia ketika ini apabila lebih daripada 50% negara melaporkan penularan Variant of Concern (VOC) dalam komuniti.

Kata MKN di dalam satu kenyataan semua pengembara perlu menjalani ujian pengesanan RT- PCR COVID-19 tiga (3) hari sebelum berlepas dan hanya keputusan ujian negatif boleh menaiki penerbangan untuk masuk ke Malaysia. Selepas itu semua pengembara perlu menjalani ujian pengesanan RT- PCR COVID-19 semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa.

“Tempoh kuarantin wajib ke atas pengembara warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang diberi kebenaran masuk ke Malaysia dari Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan dilanjutkan daripada 14 hari kepada 21 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan. Pelaksanaan arahan kuarantin wajib selama tempoh 21 hari ke atas pengembara warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang diberi kebenaran masuk ke Malaysia yang tiba dari India adalah dikekalkan.” jelas MKN.

Dalam pada itu , tempoh kuarantin wajib dari semua negara lain dilanjutkan daripada 10 hari kepada 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan.

“Namun begitu, tempoh kuarantin 14 hari ini akan dilanjutkan selama 7 hari lagi (menjadikan jumlah kuarantin 21 hari) sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko yang telah dijalankan pada hari ke-14. Kuarantin tambahan ini akan dilaksanakan di stesen kuarantin yang sama.

Ujian ulangan RT-PCR COVID-19 dilakukan pada hari ke- 10. Sekiranya dilanjutkan tempoh kuarantin sehingga 21 hari, ujian ulangan RT-PCR COVID-19 dibuat pada hari ke- 18.

Pelaksanaan ini akan berkuatkuasa serta merta.” kata MKN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...