KUALA LUMPUR 1 Mei 2021 – Pengguna jalan raya di negara ini akan terus menikmati kadar tol yang lebih rendah berbanding kadar tol seperti di dalam Perjanjian Konsesi serta turut dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti yang disediakan di sepanjang lebuh raya.
Ini adalah susulan daripada langkah kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya bertol di negara ini bagi tahun 2021 yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Mohd Shuhaimi Hassan berkata LLM akan memastikan semua syarikat konsesi lebuh raya melaksanakan tanggungjawab mereka memberikan perkhidmatan pada tahap terbaik bagi memelihara kepentingan pengguna.
Susulan itu, katanya, pampasan bernilai RM160.1 juta diperuntukkan bagi penangguhan kenaikan kadar tol semua kelas kenderaan seperti ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi iaitu di Lebuhraya Shah Alam (KESAS); Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE), mulai 1 Januari lalu.
“Penangguhan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan turut diteruskan kepada lebuh raya diberi penangguhan sebelum ini, dengan anggaran pampasan bernilai RM2.093 billion, membabitkan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA) dan Lebuhraya Utara Selatan-Hubungan Tengah (ELITE).
“Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA); Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK); Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA); Lebuhraya Damansara Puchong (LDP); Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA); Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).
“Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Senai Desaru (SDE); Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR); Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS); Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB); Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE); Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Terowong SMART,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Jelas beliau lagi, kenaikan kadar tol di Lebuhraya SPRINT ditangguhkan bagi Plaza Tol Penchala, manakala di Plaza Tol Pantai (kelas satu dan lima) serta Plaza Tol Damansara (kelas lima saja).
“Kenaikan kadar tol di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) ditangguhkan bagi kenderaan kelas satu dan lima di Plaza Tol PJS2, manakala Plaza Tol Pantai Dalam dan PJS5 (kelas lima saja)”.
“Penangguhan bagi kenderaan kelas dua, tiga, empat dan lima daripada kenderaan persendirian dan bas di Jambatan Pulau Pinang”.
“Kenaikan ditangguhkan bagi kenderaan kelas lima di semua plaza tol Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), manakala kelas satu dan lima di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)” katanya.
- Artificial Intelligence (AI) Robots Market to Reach USD 89.57 Billion by 2032, at 29.46% CAGR | Research by SNS Insider
- Sunrise Lawn Care in Katy TX Highlights Community Partnerships
- Singapore’s Tolaram Welcomes IFC Investment in Lagos Free Zone to Boost Industrial Growth and Economic Diversification in Nigeria
- Make the Moment: The 2025 OnePlus Photography Awards Calling for Creativity Worldwide
- MEET48 Unveils Multiple AI Products, Redefining the Future of the Entertainment Industry
Leave a comment