AM

DOSM TERIMA ANUGERAH MAJIKAN PRIHATIN PERSEKUTUAN CUEPACS 2021

80

PUTRAJAYA 1 Mei 2021 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerima Anugerah Majikan Prihatin Persekutuan CUEPACS 2021 di mana anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden CUEPACS, Tuan Haji Adnan bin Mat kepada Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin semasa majlis sambutan Hari Pekerja 2021 yang diadakan secara maya.

Menurut DOSM menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, anugerah tersebut merupakan satu penghargaan dan menjadi pembakar semangat buat seluruh warga kerja DOSM agar terus berdedikasi dan cekal dalam melaksanakan tugas meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID-19 demi penyampaian perkhidmatan statistik yang berkualiti kepada semua pihak.

“Warga kerja DOSM sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas di pejabat dan di lapangan walaupun berdepan dengan risiko situasi masa kini. Ini termasuklah operasi Banci Malaysia 2020 secara bersemuka yang sedang dilaksanakan sehingga 30 Jun 2021 dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP). Pihak pengurusan DOSM turut mengadakan program turun padang sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan oleh warga kerja DOSM dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mengumpulkan maklumat bagi tujuan penjanaan statistik rasmi negara agar tiada siapa yang ketinggalan.

Dalam usaha-usaha mewujudkan keharmonian perhubungan antara Pengurusan dan warga kerja DOSM, usul atau isu permasalahan yang dihadapi oleh warga kerja turut dibawa ke pengetahuan pengurusan dan dibincangkan melalui Majlis Bersama Jabatan. Meskipun berhadapan kesibukan dalam melaksanakan tugas, aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial anjuran Jabatan sentiasa dititikberatkan demi kebajikan warga kerja DOSM yang melibatkan penyertaan Kesatuan Sekerja dan Persatuan. Bersesuaian dengan visi DOSM sebagai ‘Peneraju Perkhidmatan Statistik Demi
Kesejahteraan Sejagat’ seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Jabatan (PSJ) DOSM 2021-2025, ia memerlukan semangat kebersamaan yang tinggi dalam kalangan warga kerja DOSM dalam memastikan usaha memacu statistik berintegriti” kata DOSM.

Tambah DOSM, pihak mereka telah menerbitkan 519 penerbitan pada tahun 2020. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), DOSM turut melaksanakan 3 Survei Khas Kesan COVID-19 bagi mengukur kesannya dan perkhidmatan profesional untuk pembudayaan keputusan berasaskan bukti dapat direalisasikan kepada ekonomi, pekerjaan dan pola perbelanjaan di Malaysia.

“Antara produk lain yang turut dihasilkan oleh DOSM semasa PKP adalah 28 Buletin Khas yang merangkumi Prestasi Sektoral dan Negeri; 70 siri Newsletter berkaitan Statistik Makro Utama Terpilih; 66 siri DOSM Intelligence Statistics and Intelligence Report by State Zone; dan 59 volum ringkasan liputan media tempatan dan antarabangsa.

DOSM juga secara aktif menyertai program yang dianjurkan di peringkat antarabangsa di mana Malaysia dijemput sebagai pakar rujuk, tenaga pengajar dan panelis. Baru-baru ini, DOSM telah menerima pengiktirafan sebagai ahli kumpulan pakar/ penasihat peringkat United Nations (UN) antaranya adalah Advisory Group of the Handbook on Management and Organization of National Statistical Systems edisi keempat; empat Task Teams di bawah Global Working Group on Big Data For Official Statistics (Task team on earth observations, Task team on mobile telephone data, Task team on scanner data dan Task team on Big Data for the Sustainable Development Goals); Data Stewardship Working Group Meeting dan Expert Group on Migration Statistics.” kata DOSM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...