COVID-19 @ My LNA

Vaksin AstraZeneca Akan Diberi Melalui Pendaftaran Sukarela Di Kuala Lumpur Dan Selangor

96

PUTRAJAYA 28 April 2021 – Kerajaan tidak akan memasukkan vaksin AstraZeneca di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 hari ini, Khairy mengatakan vaksin itu hanya akan digunakan di bawah saluran pendaftaran yang berasingan bagi sukarelawan.

Oleh itu, vaksin tersebut hanya akan ditawarkan secara “first come, first serve” kepada orang awam khusus di Kuala Lumpur dan Selangor dengan matlamat meningkatkan kadar vaksinasi di negara ini.

“Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas akan dibuka bagi vaksin AstraZeneca dan dibuka kepada orang ramai yang secara sukarela – selepas lihat semua fakta – untuk mendaftar di PPV khas ini,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Putrajaya hari ini.

“Kami tidak mahu membuang vaksin yang terbukti selamat dan berkesan. Tetapi pada masa yang sama, kami memahami terdapat kebimbangan tertentu di kalangan masyarakat mengenai kesan daripada vaksin AstraZeneca seperti yang berlaku di beberapa negara barat,” kata Khairy.

Vaksin AstraZeneca telah menimbulkan kontroversi berikutan kes trombosis di kalangan penerima yang dilaporkan di negara-negara Eropah.

Beberapa negara termasuk Denmark, Norway, Iceland, dan Thailand telah menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMBM @ MY LNACOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...