COVID-19 @ My LNA

Tambahan RM 2 Bilion Adalah Bagi Menampung Perbelanjaan Mengurus PICK – Khairy

75

27 April 2021 – Peningkatan RM 5 bilion berbanding RM 3 bilion sebelum ini bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah disebabkan oleh tambahan bagi menampung perbelanjaan mengurus pelaksanaan PICK.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata peruntukan RM5 bilion itu merangkumi RM3.5 bilion untuk perolehan dan logistik vaksin, RM333 juta (sewaan dan utiliti), RM260 juta (perkakasan, bekalan pakai habis dan pelaksanaan pemberian vaksinasi), dan RM100 juta untuk pembersihan dan sanitasi.

“Peruntukan itu juga termasuk pemberian sagu hati sukarelawan bukan kesihatan sebanyak RM200 juta, perbelanjaan integrasi data dan sistem janji temu (RM70 juta), Program Community Outreach dan Advokasi Vaksinasi (RM55 juta), saguhati sukarelawan kesihatan (RM147 juta), survelan pasca imunisasi dan naik taraf sistem (RM15 juta), penyumber luaran pengamal perubatan swasta (RM210 juta) dan kontigensi serta luar jangka sebanyak RM110 juta” jelas beliau.

Pada 23 Disember 2020, kerajaan berjaya mendapatkan akses vaksin untuk 82.8 peratus populasi negara dari pelbagai pembekal dengan harga keseluruhan RM2.05 bilion.

“Namun, mengambil kira risiko gangguan bekalan seperti sekatan eksport, bahan mentah, kapasiti pengilang dan kelulusan regulatori, jumlah 82.8 peratus itu ditingkatkan kepada 110 peratus dan diumumkan dalam Buku Panduan PICK yang dilancarkan pada 16 Februari, 2021 adalah berjumlah RM3.16 bilion” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Jelasnya, peruntukan tersebut akan dibiayai melalui tabung Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan penjelesan tentang penggunaan tabung KWAN telahpun dibuat oleh Menteri Kewangan semalam.

Khairy berkata, berikutan pengumuman daripada beberapa pembekal vaksin bahawa ujian klinikal sedang dijalankan untuk golongan remaja, kerajaan telah membuat ketetapan awal untuk menambah lagi bekalan vaksin bagi pemberian kepada golongan tersebut apabila kelulusan diberi kelak.

Peruntukan untuk pelaksanaan PICK juga akan disalurkan melalui semua kerajaan negeri termasuklah kos sewaan and utiliti bagi 600 lebih Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam di fasiliti bukan Kementerian Kesihatan (dewan orang ramai, stadium, tempat awam), perkakasan dan bekalan pakai habis, pembersihan dan sanitasi, saguhati sukarelawan dan penyumber luaran pengamal perubatan swasta.

Beliau turut mengalu-alukan segala persoalan dari mana-mana pihak bagi diperjelaskan dan untuk diberi penambahbaikan PICK dari semasa ke semasa demi kebaikan semua pihak.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMBM @ MY LNACOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...