PUTRAJAYA 28 April 2021 – Kerajaan tidak akan memasukkan vaksin AstraZeneca di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 hari ini, Khairy mengatakan vaksin itu hanya akan digunakan di bawah saluran pendaftaran yang berasingan bagi sukarelawan.
Oleh itu, vaksin tersebut hanya akan ditawarkan secara “first come, first serve” kepada orang awam khusus di Kuala Lumpur dan Selangor dengan matlamat meningkatkan kadar vaksinasi di negara ini.
“Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas akan dibuka bagi vaksin AstraZeneca dan dibuka kepada orang ramai yang secara sukarela – selepas lihat semua fakta – untuk mendaftar di PPV khas ini,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Putrajaya hari ini.
“Kami tidak mahu membuang vaksin yang terbukti selamat dan berkesan. Tetapi pada masa yang sama, kami memahami terdapat kebimbangan tertentu di kalangan masyarakat mengenai kesan daripada vaksin AstraZeneca seperti yang berlaku di beberapa negara barat,” kata Khairy.
Vaksin AstraZeneca telah menimbulkan kontroversi berikutan kes trombosis di kalangan penerima yang dilaporkan di negara-negara Eropah.
Beberapa negara termasuk Denmark, Norway, Iceland, dan Thailand telah menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca.
- In celebration of the 75th anniversary of the founding of the People’s Republic of China, Sun Hung Kai Properties’ New Town Plaza 40th anniversary celebration ceremony
- Hong Kong Accident Lawyers Launches Comprehensive “Hong Kong Traffic Black Spots Database” to Enhance Road Safety for Drivers and the Public
- Chancay to Shanghai — Alpacas on the Move
- Only 2 hours from Tokyo! Come meet the Niigata Limited Edition Hello Kitty! The Hello Kitty × Hello Niigata Campaign has Begun!
- 2024 China Huangshan Book Fair Opens in Hefei, Marking Several “Firsts”
Leave a comment