AMPelancongan @ My LNA

Galeri Azman Hashim Destinasi Pelancongan Seni Di Sabah

278

KOTA KINABALU 22 April 2021 – Galeri Azman Hashim di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dijadikan pusat sehenti aktiviti seni negara menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dan UMS.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato Sri Nancy Shukri berkata inisiatif ini adalah usaha kementerian bagi menggalak, mempromosi dan mendorong pembangunan ekosistem seni visual negara.

Galeri ini turut berperanan menjadi pusat sehenti bagi aktiviti pameran, program, simposium dan konferensi mengenai seni visual disamping menjadi pusat penyelidikan seni, koleksi dan aktiviti konservasi karya seni bagi perkembangan seni dan budaya.

“Diharapkan aktiviti kesenian di Negeri Sabah dapat disubur dan dirancakkan kembali dengan wujudnya galeri ini dalam usaha untuk mendukung industri pelancongan selain menjadi tarikan terbaharu kepada peminat seni tempatan” ujar beliau.

Galeri yang bernilai RM15,000,000.00 ini mula dibina pada tahun 2017 dan siap sepenuhnya pada tahun 2020 adalah sumbangan Tan Sri Azman Hashim yang juga merupakan Pro-Canselor USM.

Selain itu, Balai Seni Negara turut merasmikan inisiatif terbaharu melalui program Jejak Seni Malaysia dalam memetakan ekosistem seni di seluruh negeri di Malaysia bagi menyokong mempromosi serta meningkatkan ekonomi dan ekosistem seni serta budaya negara.

Antara yang tersenarai dalam program ini termasuklah Galeri Azman Hashim UMS dan Balai Seni Lukis Sabah yang mampu menjadi tarikan pelancongan seni selain 59 lokasi lain secara keseluruhan bagi Negeri Sabah yang meliputi karya awam, lorong seni, galeri, studio dan residensi.

“Kerjasama ini adalah antara langkah pelan pemulihan sektor pelancongan seni serta ekonomi yang sekaligus bakal memberi impak positif kepada industri seni visual negara dan seterusnya dapat memacu pertumbuhan industri khususnya pelancongan domestik di Negeri Sabah” katanya dalam sebuah kenyataan media.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...