Home AM Kerajaan Komited Menegakkan Kebebasan Media, Terbuka Terima Pandangan – Saifuddin
AMSains, Teknologi & Komunikasi

Kerajaan Komited Menegakkan Kebebasan Media, Terbuka Terima Pandangan – Saifuddin

PUTRAJAYA 22 April 2021 – Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam usaha menyokong dan menegakkan kebebasan media di negara ini dengan mengiktiraf peranan penting para pengamal media dalam menjalankan fungsi dan menunaikan tanggungjawab mereka.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengambil maklum tentang Indeks Kebebasan Media 2021 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF) di mana Malaysia mencatat kedudukan ke-119.

Jelas beliau lagi, kerajaan di serata dunia kini berhadapan dengan cabaran menangani penyebaran maklumat palsu dan memastikan berita serta informasi yang sahih dan tepat disalurkan kepada rakyat khususnya dalam usaha menghentikan pandemik COVID-19.

“Penguatkuasaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 mulai 12 Mac 2021 adalah khusus bagi menangani maklumat tidak benar berkaitan COVID-19 dan Proklamasi Darurat” katanya.

Dalam era teknologi maklumat abad ke-21, media bukan sahaja berperanan menyebarkan maklumat yang telus tetapi juga melindungi masyarakat daripada penularan maklumat palsu yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian negara.

“Malah media di negara ini telah sekian lama menjalin usaha sama dengan kerajaan dan sentiasa proaktif membantu menyangkal maklumat palsu” tambah beliau dalam satu kenyataan media.

“Kerajaan sentiasa bersikap terbuka untuk menerima apa jua pandangan serta maklum balas demi kebaikan yang mengutamakan rakyat”.

Saifuddin juga berkata, kerajaan memberi jaminan akan terus menyediakan ruang yang seluas-luasnya kepada pihak media untuk melaporkan berita selari dengan peruntukan yang sedia ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...