COVID-19 @ My LNA

Khairy Jawab Kenyataan Anwar Berkenaan Vaksin, Sedia Disiasat

133

PUTRAJAYA 21 April 2021 – “Saya sentiasa terbuka untuk disoal, dikritik dan disiasat” jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelaksanaan PICK terutamanya dalam soal perolehan vaksin.

Jelas Khairy, kontrak pembelian vaksin telahpun dedahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen pada 5 Januari 2021 bersekali dengan jadual penghantaran dan harga yang dibayar.

“Saya juga telah mengadakan sesi libat urus bersama Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada pembangkang pada 19 Mac lalu berkenaan perkara sama namun, Anwar tidak hadir pada sesi itu.

“Harapan saya agar Anwar akan terus mengikuti pelaksanaan PICK dan memberi kritikan bernas untuk saya jawab,” katanya.

Sebelum ini, Anwar menggesa satu siasatan bebas dikendalikan Parlimen bagi mencari punca ‘kelembapan’ kadar pemerolehan vaksin oleh kerajaan pusat, negeri dan pihak swasta ketika ini.

PICK sedang dilaksanakan mengikut fasa yang telah diumumkan sejak 14 Februari 2021 dan perancangan telah dibuat dengan mengambil kira jadual penghantaran vaksin yang diberi oleh syarikat-syarikat pembekal vaksin.

Sehingga kini, kurang tiga peratus rakyat Malaysia sudah mendapat suntikan vaksin COVID-19 dan ini menyebabkan beberapa kerajaan negeri, syarikat swasta dan yayasan berusaha sendiri memperoleh bekalan vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) jelas beliau dalam satu kenyataan media.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMBM @ MY LNACOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...