AM

Sistem J10 bakal revolusikan kaedah kerja konvensional

126

KUALA LUMPUR 29 Mac 2021 – Majlis Pelancaran Sistem J10 telah di adakan diadakan secara Hybrid (maya dan kehadiran fizikal) pada hari ini dan ia disempurnakan oleh Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya. Beliau diiringi oleh Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato’ Ir. Hj. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya dan Tan Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura.

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) di dalam satu kenyataan media, Sistem J10 adalah sebuah program ICT Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bakal merevolusikan kaedah kerja konvensional melalui pendigitalan penggunaan borang dan kaedah kerja. Ia seiring dengan hasrat JKR agar produk yang diserah dan perkhidmatan penyenggaraan yang dilaksanakan menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum.

“J di dalam J10 merujuk kepada JKR, manakala 10 bermaksud 10 kitar hayat pengurusan projek dan fasiliti aset kerajaan, bermula daripada perancangan projek sehinggalah pelupusan fasiliti aset.

Sistem ini telah dibangunkan dengan kerjasama anak syarikat Kumpulan Sapura sebagai sebuah laman web di bawah pentadbiran JKR untuk mempertingkatkan keupayaan pengurusan, pemantauan serta pelaporan prestasi projek yang dikendalikan oleh JKR di dalam dan luar negara melalui satu platform tunggal.” jelas KKR.

Tambah KKR, objektif Sistem J10 adalah untuk mentransformasikan proses bisnes JKR yang melibatkan lima fasa pengurusan projek dan lima lagi fasa fasiliti aset kerajaan, mewujudkan platform tunggal pengurusan projek dan fasa fasiliti aset kerajaan bagi komunikasi, integrasi dan kolaborasi, serta mewujudkan sistem laporan dan pengukuran prestasi yang sistematik dan mesra pengguna.

“Sistem ini juga diintegrasikan dengan sistem-sistem daripada agensi di luar JKR (seperti SPPII, GPIS, eGPA, CIMS, CIS dan GPKI) bagi mewujudkan perkongsian maklumat yang efektif dan terkini serta boleh dicapai melalui pelbagai peranti mudah alih seperti telefon pintar. Ini selaras dengan slogan J10 iaitu perhubungan dan komunikasi (connect), integrasi (integrate) dan kolaborasi (collaborate).” kata KKR.

Skop Sistem J10 tersebut bermula daripada penerimaan projek oleh JKR sehingga ianya diserahkan kepada Kementerian dan Agensi Pelanggan. Kesemua maklumat dalam Ssitem J10 ini akan dilaksanakan mengikut proses aliran kerja bermula dari Fasa Perancangan, Reka bentuk, Perolehan, Pembinaan sehingga kepada Penyerahan.

Maklumat yang dikemaskini di dalam Sistem J10 tersebut boleh terus diterjemahkan secara ringkas melalui paparan Dashboard bagi tujuan pemantauan projek. Ia juga akan menjana Big Data bagi tujuan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di masa hadapan. Di samping itu, Site Diary juga boleh dikemaskini melalui telefon bimbit semasa kerja pengawasan di tapak.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...