Home AM 7.2 Juta Rakyat Malaysia Telah Mendaftar Bagi Suntikan Vaksin COVID-19
AMCOVID-19

7.2 Juta Rakyat Malaysia Telah Mendaftar Bagi Suntikan Vaksin COVID-19

PUTRAJAYA 29 MAC 2021 – Sekurang-kurangnya sebanyak 7.2 juta rakyat Malaysia di seluruh negara telah mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini.

Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sebanyak 7, 235,436 pendaftar itu adalah bersamaan dengan 30 peratus daripada populasi rakyat Malaysia yang disasarkan untuk menerima suntikan vaksin di bawah PICK.

“Peningkatan (dalam pendaftaran) sangat menggembirakan dan mudah-mudahan kita dapat melihat lebih ramai orang tampil untuk mendaftar sendiri,” katanya pada sidang media mingguan PICK hari ini.

Menurut Khairy, sejumlah 580,765 dos vaksin telah diberikan di seluruh negara dengan 129,110 individu menerima keseluruhan dua dos.

Selangor mempunyai jumlah vaksinasi paling banyak pada 75,317 individu, diikuti oleh Perak (59,305), Sarawak (57,034), Sabah (52,223) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (50,512).

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menjelaskan Kerajaan setakat ini masih belum memuktamadkan tarikh akhir pendaftaran vaksin COVID-19.

“Kita masih lagi membincangkan bila tarikh boleh diumumkan, cadangan ini masih dipertimbangkan. Sekiranya cadangan penetapan tarikh akhir pendaftaran itu memberi impak positif dalam kalangan masyarakat, kerajaan akan mempertimbangkannya” jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy memaklumkan kerajaan akan mengadakan beberapa perjanjian awam dan swasta yang akan melibatkan pemain industri di zon merah atau mempunyai pekerja melebihi 5,000 orang apabila bekalan vaksin COVID-19 mencukupi.

“Beberapa sesi libat urus akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah tersebut dan kita akan membuat pengumuman sejurus perkara itu dimuktamadkan dalam masa terdekat,” ujarnya lagi.

Bagi pemberian vaksin kepada bakal jemaah Haji tahun ini, beliau berkata, pihaknya belum menerima keputusan rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung ketetapan keperluan tersebut. Namun keutamaan akan diberikan sekiranya mendapat ketetapan rasmi daripada pihak Arab Saudi dengan kerjasama pihak Lembaga Tabung Haji.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...