Home AM Nilai Integriti Fokus Utama KPN – Halimah
AM

Nilai Integriti Fokus Utama KPN – Halimah

PUTRAJAYA 30 MAC 2021 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memastikan nilai integriti sebagai fokus utama kementerian dalam menjalankan mengerakkan dasar dan hala tuju Aspirasi Perpaduan Negara.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, amalan rasuah dan salah guna kuasa perlu ditolak dalam memastikan misi dan visi kementerian dapat dicapai demi perpaduan negara.

“Rasuah merupakan parasit yang mampu merebak dan merosakkan kecemerlangan sesuatu organisasi yang berpunca daripada kelemahan dan ketirisan integriti individu”

“Oleh itu, pembudayaan dan pengamalan integriti perlu dipertingkatkan kerana ia merupakan batu asas dalam menyampaikan perkhidmatan kualiti” jelas beliau.

Beliau turut memberi saranan agar pihak KPN memperbanyakan lagi program kesedaran integriti seperti sesi ceramah, dan hebahan mesej integriti bagi memastikan budaya yang mampu melumpuhkan pembangunan negara dapat dihapuskan.

Bagi tahun 2021, KPN telah melancarkan tiga dokumen pelan yang penting untuk mencapai aspirasi perpaduan antaranya Dasar Perpaduan Negara, Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Rukun Tetangga 2021-2030.

“Dalam usaha menjayakan dasar dan pelan yang telah dirancangkan, KPN perlu mempunyai sumber manusia yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni: rajin, amanah, ikhlas, disiplin dan bertanggungjawab” katanya dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 di Putrajaya hari ini.

Seramai 387 penerima APC bagi kakitangan KPN di seluruh Malaysia pada tahun ini dan pemilihan calon adalah berdasarkan kepada nilai dan prestasi kerja yang baik dan cemerlang.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...