Home MY LNA AM Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang disyaki lakukan kesalahan libatkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak – KPWKM
AMKanak-kanak @ My LNA

Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang disyaki lakukan kesalahan libatkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak – KPWKM

PUTRAJAYA 27 Mac 2021 – Isu video tular di media sosial berkenaan kejadian seorang pendidik disyaki melakukan penderaan kepada kanak –kanak di sebuah Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) dipandang serius oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menurut KPWKM di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Pihak Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang disyaki melakukan kesalahan yang melibatkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak dan akan terus komited meningkatkan kesedaran masyarakat melalui kerjasama pelbagai pihak.

“Kementerian menggesa agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan penderaan dan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang boleh menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam pada itu, Kementerian juga akan berhubung dengan Kementerian Pendidikan Malaysia selaku Kementerian yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus tadika.” kata KPWKM.

KPWKM turut meminta kerjasama daripada semua pihak untuk melaporkan sebarang tingkah laku yang mencurigakan terhadap kanak – kanak kepada pihak yang bertanggungjawab atau menghubungi Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019 – 2615999 yang beroperasi 24 jam sehari.

Pada 26 Mac 2021 Facebook My Kuala Langat memuat naikkan satu video yang memaparkan tindakan yang dipercayai seorang guru wanita TADIKA yang mengangkat dan mencampakkan seorang kanak-kanak yang dipercayai merupakan salah seorang anak muridnya. Guru tersebut juga sempat memarahi kanak-kanak berkenaan sebelum berlalu pergi setelah kanak-kanak tersebut terjatuh kerana dicampak.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHak AsasiKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini,...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Harungi 750 Batu Nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat

BUKIT MALUT, 3 Disember – Kapal Maritim (KM) Nusa telah mengharungi sejauh...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Berpada-padalah dalam kisah rumahtangga

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Kisah poligami telah menimbulkan gelojak...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...