KAJANG 26 MAC 2021 – Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Seni Selangor (PEKINI) berharap agar komuniti kreatif terutamanya komuniti jurugambar dapat membantu meringankan beban Zamri Abdul Razak, jurugambar yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen semalam di atas dua tuduhan memuat naik status jelik menghina agama Hindu dalam Facebooknya.
Menurut jurucakap pertubuhan tersebut, pihaknya telah bertemu dengan Zamri semalam di Kuala Lumpur bagi mendapatkan pencerahan berkenaan isu terbabit. Tambah beliau, Zamri pernah berminat untuk menjadi ahli pertubuhan itu tetapi menangguhkan hasrat itu kerana terpaksa kembali ke kampungnya di Pahang bagi menjaga bapanya yang sakit.
“Pihak kami menghormati keputusan Mahkamah. Dari pertemuan semalam kami yakin saudara Zamri tidak akan mengulangi kesilapan tersebut lagi. Kami juga mengambil maklum bahawa pada masa ini dia tidak mempunyai pekerjaan tetap lebih-lebih lagi ketika musim pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Oleh itu Zamri tidak akan mampu membayar hukuman denda yang kami difahamkan boleh mencecah nilai maksimum sebanyak RM50 ribu tersebut.
Justeru kami memohon agar para penggiat kreatif terutamanya sahabat-sahabat jurugambar dapat sama-sama membantu meringankan beban saudara Zamri” ujar beliau.
Mengulas lanjut, beliau berkata bahawa pihak PEKINI akan mengadakan pertemuan dengan beberapa buah NGO lain dalam masa yang terdekat bagi membincangkan perkara ini. Katanya lagi satu kenyataan media akan dikeluarkan kelak bagi memaklumkan hasil perbincangan tersebut.
- MSIG Asia And The RiskPoint Group Join Forces To Drive Renewable Energy Insurance Across Asia Pacific
- From Page to Stage®: Rousing the Dragon Premieres in March
- Visa and Fintech DealMe Collaborate to Launch Cross-Border Card Installment Payments
- Wildberries Posts Surge in E-Commerce Sales in Central Asia in 2024
- Eco-Labelling in Malaysia and China
Leave a comment