AMKenyataan Media

Abai Keselamatan, Denda RM 500,000 Dan 2 Tahun Penjara Menanti Kontraktor

118
Creative red news header background. Information and breaking concept. 3D Rendering

KUALA LUMPUR 24 Mac 2021 – Kontraktor yang gagal memenuhi tanggungjawab memastikan keselamatan semasa atau selepas pembinaan dan menyebabkan kematian akan berdepan dengan hukuman denda tidak lebih dari RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.

Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (Akta 520), setiap kontraktor perlu menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keselamatan bangunan dan kerja-kerja pembinaan, sama ada semasa atau selepas pembinaan.

“Sekiranya kontraktor didapati gagal melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan keselamatan, CIDB mempunyai hak untuk memberhentikan kerja-kerja pembinaan sertamerta bagi melaksanakan pemeriksaan di tapak pembinaan” jelas beliau.

Sehingga kini, sebanyak sembilan kontraktor yang telah dihadapkan ke mahkamah kerana didapati bersalah akibat kegagalan mematuhi Akta 520 dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan keselamatan pembinaan sejak pindaan akta dibuat pada akhir tahun 2016 dan dikenakan denda dari RM50,000 ke RM250,000 atas kesalahan yang disabitkan.

Ir Asri turut menjelaskan sebanyak 628 kontraktor telah berhadapan dengan sama ada penggantungan, pembatalan atau penarikan semula pendaftaran, manakala 312 pengarah syarikat telah pun disenarai hitam atas pelbagai kesalahan.

“Bagi insiden di tapak pembinaan SUKE di Persiaran Alam Damai Cheras baru-baru ini, siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan oleh agensi penguatkuasa yang berkaitan termasuk CIDB, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)”.

Merujuk kepada insiden di SUKE pada 3 Mac 2021 yang lalu, siasatan CIDB mendapati bahawa kontraktor yang terlibat telah mematuhi semua keperluan pengurusan lalu lintas untuk projek pembinaan dalam

“Pemandu kenderaan berat mempunyai tanggungjawab dalam memastikan kenderaan mereka mengikut had ketinggian yang dipaparkan pada papan tanda jalan projek pembinaan atau mengambil laluan alternatif jika sebaliknya” jelas beliau lagi dalam satu kenyataan media hari ini.

Pada 19 September 2020, terdapat satu insiden yang melibatkan kepingan konkrit jatuh dari tapak pembinaan lebuhraya bertingkat dan menimpa sebuah kereta yang melalui laluan berkenaan, kontraktor utama dan subkontraktor pakej kerja SUKE yang terbabit telah pun didenda sebanyak RM180,000 oleh CIDB atas sebab kegagalan untuk memastikan keselamatan.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...