AMCOVID-19 @ My LNA

Malaysia – Singapura Komited Iktiraf Sijil Vaksinasi

87

PUTRAJAYA 23 Mac 2021 – Malaysia dan Singapura hari ini menegaskan kembali komitmen kedua-dua negara untuk memperkenalkan pensijilan vaksinasi COVID-19 bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan pada masa hadapan.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mengiktiraf sijil perakuan vaksinasi bagi memudahkan urusan keluar masuk bagi rakyat kedua-dua negara jiran tersebut dalam berdepan dengan wabak COVID-19.

“Malaysia dan Singapura, masing-masing menggunakan teknologi blockchain bagi tujuan ini dan kerjasama kedua-dua buah negara adalah penting bagi memastikan paiwaian yang ditetapkan termasuklah daripada WHO, IATA dan negara-negara lain diambil kira” jelas beliau.

Selain itu, perbincangan antara kedua negara ini juga tertumpu kepada kaedah dan amalan yang dijalankan bagi pelaksanaan program imunisasi COVID-19 yang kini sedang giat dijalankan di kedua-dua buah negara bagi tujuan pencegahan jangkitan wabak tersebut.

Khairy dan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan mengadakan pertemuan di Putrajaya bersempena lawatan rasmi Menteri Singapura itu ke Malaysia pada hari ini.

Dalam rangka lawatan rasmi ini, Dr Balakrishnan juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Luar Negeri, Dato Sri Hishamuddin Hussein, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pertahanan Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...