Home AM Semua syarikat konsesi projek lebuh raya diarahkan laksanakan pemeriksaan keselamatan terperinci melalui Juruaudit Bebas
AM

Semua syarikat konsesi projek lebuh raya diarahkan laksanakan pemeriksaan keselamatan terperinci melalui Juruaudit Bebas

KUALA LUMPUR 25 Mac 2021 – Susulan arahan Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof supaya audit menyeluruh dilakukan terhadap kesemua lebuh raya dalam pembinaan pada kadar segera, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengeluarkan arahan kepada semua Syarikat Konsesi yang terlibat dalam projek lebuh raya dalam pembinaan supaya melaksanakan pemeriksaan keselamatan terperinci, melalui Juruaudit Bebas.

Menurut Ketua Pengarah LLM, Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi bin Hassan melalui satu kenyataan media yang diedarkan semalam, ia adalah bagi memastikan keadaan di tapak pembinaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

“Selaras dengan perjanjian konsesi, jika berlaku kejadian luar jangka syarikat konsesi adalah dipertanggungjawabkan untuk melantik juruaudit bebas yang akan dipantau oleh LLM.

Pelantikan juruaudit bebas ini perlu untuk menilai keseluruhan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan dan mengkaji punca insiden luar jangka.

LLM juga telah diarahkan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, supaya memastikan kesemua Syarikat Konsesi melaksanakan pemeriksaan terperinci di kesemua kawasan pembinaan yang berisiko tinggi terhadap keselamatan pengguna jalan raya, orang awam dan pekerja pembinaan.” kata Ir. Mohd Shuhaimi.

Tambah beliau, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dan Lebuhraya Projek Lintasan Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) telah melantik juruaudit bebas pada hari ini, untuk melaksanakan audit keselamatan secara menyeluruh di tapak pembinaan SUKE.

“Juruaudit bebas ini juga dilantik untuk mengkaji punca insiden luar jangka yang telah berlaku pada 22 Mac 2021, selain siasatan yang dijalankan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Perlantikan juruaudit bebas ini adalah SOP apabila berlaku kejadian luar jangka di semua tapak pembinaan lebuh raya.

Kesemua syarikat pemaju projek lebuh raya adalah bertanggungjawab untuk memastikan kesemua kontraktor dan sub-kontraktor mematuhi peraturan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan.” ujarnya.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bersara selepas 42 Tahun Berkhidmat kepada Negara

PUTRAJAYA, 16 Mac 2023 – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’...