AMPelancongan @ My LNA

Peluang Mendapat Baucer e-Tunai Melalui Kempen Beli-Belah MOTAC

109

MELAKA 23 Mac 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK Malaysia) melancarkan Kempen Shop and Be Rewarded dengan menawarkan baucar e-tunai bagi setiap pembelian.

Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, setiap pembelian minimum RM50.00 akan melayakkan mereka untuk menerima diskaun sebanyak RM10.00 di pusat beli-belah dan peruncit yang mengambil bahagian dalam program ini.

“Kempen ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu merancakkan semula industri beli-belah Malaysia yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19 selaras dengan Pelan Pemulihan Pelancongan yang diumumkan MOTAC menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) untuk menggalakkan perbelanjaan domestik” jelas beliau.

Lebih 30 pusat beli-belah di seluruh negara akan mengambil bahagian dalam kempen ini yang akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 26 sehingga 28 Mac 2021.

“Sebagai sebuah persatuan yang mewakili pusat-pusat beli-belah di seluruh Malaysia, PPK Malaysia sedang giat berusaha untuk meningkatkan prestasi industri beli-belah yang terkesan berikutan impak pandemik Covid-19. Usaha sama dengan Tourism Malaysia ini diharapkan dapat mempercepatkan pemulihan industri menerusi aktiviti belibelah” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dianggarkan sehingga RM450,000 baucar e-tunai disediakan oleh Tourism Malaysia untuk ditebus sepanjang kempen ini. Dengan tawaran tambahan oleh pusat-pusat belibelah di sekitar Wilayah Tengah, Utara, dan Selatan yang mengambil bahagian, sekurang-kurangnya RM900,000 akan diberikan kepada rakyat Malaysia.

Nancy turut menasihati orang ramai agar mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan sepanjang kempen tersebut dijalankan bersesuaian dengan amalan norma baharu.

Orang ramai boleh layari http://ppkm.org.my/ atau https://www.malaysia.travel/ bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang senarai pusat beli-belah yang mengambil bahagian serta terma dan syarat kempen.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...