AM

7 Projek KKR Bernilai RM 528 Juta Bagi Merancakkan Ekonomi Negara

125

KUALA LUMPUR 22 Mac 2021 – Sebanyak tujuh buah projek bernilai RM 528 juta yang diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menerima Surat Setuju Terima Tender (SST) bagi tujuan merancakkan ekonomi negara.

Menterinya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, pelaksanaan tujuh projek tersebut bakal memberi nilai gandaan hampir dua kali ganda iaitu sebanyak RM 1 bilion terhadap impak ekonomi negara.

“Selaras dengan matlamat KKR dalam menyediakan infrastruktur perhubungan jalan raya yang selamat dan selesa kepada pengguna, pembinaan jalan raya baharu jajaran Central Spine Road (CSR) dari Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Raub Pahang, sepanjang 15 kilometer (km) bakal dilaksanakan” jelas beliau.

“Selain itu, pengguna jalan raya sekitar Bandar Raub dan Kuala Lipis bakal menikmati laluan yang menjimatkan masa dan jarak pemanduan melalui pembinaan jalan berkembar empat lorong ini mengikut piawaian JKR R5” tambah beliau lagi.

Antara projek lain yang menerima SST adalah Pembinaan Fasa Kedua Institut Kemahiran Islam Sarawak dan Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Masjid Negara (Fasa 3) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JAKIM).

Fadillah menjelaskan, pelaksanaan projek di bawah JAKIM ini bakal membantu sektor pendidikan Negara dalam menghasilkan graduan bidang tahfiz Al-Quran dan pengajian Islam serta pemantapan syiar Islam selain memelihara bangunan ikonik warisan Negara.

Dua projek daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diluluskan adalah pembinaan Kuarters Hospital Pulau Pinang serta pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 5) dan Kuarters di Bukit Ibam, Rompin, Pahang.

Manakala, projek – projek milik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pula adalah pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Dungun, Terengganu dan Projek Menaiktaraf Pusat Latihan Kemas (PLK) Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu yang meliputi pembinaan bangunan, fasiliti baharu, gelanggang riadah, pembekalan peralatan serta menaiktaraf sistem-sistem infrastruktur luaran bangunan khusus bagi warga pendidik dan pelajar.

Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri serta pegawai kanan KKR dan agensi di bawahnya di di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur.

“Kepada kontraktor yang berjaya, laksanakan projek dengan amanah dan bertanggungjawab bagi memastikan impian rakyat untuk menikmati kemudahan infrastruktur berkualiti menjadi realiti” ujar beliau dalam satu kenyataan media.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...