JOHOR BAHRU 18 Mac 2021 – Seramai 50 usahawan baru menerima pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Informal (SPIN) yang bernilai RM 225,000.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembiyaan SPIN tersebut adalah bagi membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa daftar perniagaan atau lesen perniagaan dalam tempoh pandemik ini.
Dalam masa yang sama, MEDAC serta agensi seperti UDA Holdings Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNS), TEKUN Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Rakyat turut menyalurkan bantuan pembiayaan sebanyak RM9 juta bagi membantu usahawan dan koperasi di seluruh negeri Johor.
Sebanyak RM4.56 juta telah disalurkan oleh pihak SKM kepada koperasi terpilih melalui Program Tabung Modal Pembiayaan (TMP) SKM, Geran Bantuan Pembangunan (Pembangunan Perniagaan dan Kecemasan) dan Program Pengukuhan Koperasi (PPK MEDAC) yang merupakan kerjasama strategik antara MEDAC dan Kementerian Pertanian Industri Makanan (MAFI).
Selain itu, sejumlah RM2.67 juta juga turut disampaikan kepada lapan usahawan PNS serta RM1.35 juta pula disampaikan kepada lima usahawan Bank Rakyat di Johor yang berjaya dalam permohonan.
“MEDAC berharap agar para usahawan mampu untuk terus berdaya saing dalam setiap bidang yang diceburi menerusi pembiayaan yang diberikan dan menjadikan setiap cabaran sebagai peluang untuk meneroka perspektif yang lebih luas” katanya.
“Kementerian akan terus komited dalam membantu usahawan sedia ada serta melahirkan lebih ramai usahawan baharu untuk lebih berdaya saing dalam mendepani pandemic COVID-19. Hasrat ini selaras dengan Teras Strategik 3 dalam Dasar Keusahawanan Nasional iaitu “Merangsang Pembangunan Keusahawanan Bersepadu dan Holistik” ujar beliau lagi dalam Majlis Penyerahan mock cheque di Angsana Mall, Johor Baharu.
Insentif bersasar sebanyak RM1.4 juta turut disalurkan oleh pihak UDA bagi membantu para peniaga di Angsana Mall bagi meneruskan perniagaan mereka dalam berhadapan dengan situasi perniagaan yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19.
- Ajoomma Is the First Singaporean Film to Launch Exclusively on Prime Video
- BRiN™ SeaDifferently – a sleek, sustainable reusable toothbrush made from recycled ocean plastic.
- Xapo Bank Announces Updated Member Benefits Including 4.1% interest on US Dollars, 1% Interest on Bitcoin, and GBP Transfer Capabilities through the Faster Payment System (FPS)
- Cloud Comrade Signs Strategic Collaboration Agreement with AWS to Accelerate Digital Skilling and Cloud Transformation for Customers in ASEAN
- PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH
Leave a comment