AMGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNA

Kempen Percutian Domestik Secara Digital Bagi Pemulihan Sektor Pelancongan Negara – Nancy

234

17 MAC 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melancarkan Pertandingan “Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021” bagi mempergiat usaha dalam merancakkan lagi sektor pelancongan negara menerusi Tourism Malaysia.

Menterinya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata Pertandingan Cuti-Cuti Malaysia Travel Wish Lists 2021 merupakan salah satu inisiatif Tourism Malaysia bagi merancakkan kembali pelancongan domestik selepas keputusan Kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan untuk kembali beroperasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Orang ramai yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut boleh menghantar foto pelancongan menarik beserta penulisan cerita pendek destinasi percutian impian mereka ke platform media sosial Backpackerz dan Tourism Malaysia dalam tempoh dua minggu bermula hari ini”.

Nancy turut menjelaskan bahawa pertandingan yang dianjurkan tersebut juga merupakan inisiatif kementerian dalam mempergiat digitalisasi pelancongan selari dengan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020 – 2030.

Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah geran melancong berupa wang tunai sebanyak RM4,000 dan telefon bimbit berjenama Apple iPhone 12. Naib johan akan membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta konsol permainan video jenama Sony Playstation 5, manakala pemenang tempat ketiga akan menerima wang tunai RM1,500 berserta fon telinga jenama Apple Airpods. Lima penyertaan terbaik pertandingan pula akan menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM300.

Terdahulu, Nancy berkata bahawa MOTAC telah menyusun 13 garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang bertujuan untuk memastikan sektor pelancongan negara dapat berkembang dan beroperasi dalam keadaan norma baharu.

“SOP yang dibentuk melalui sesi libat urus antara MOTAC dengan pemain industri adalah bertujuan bagi membantu penggiat industri pelancongan khususnya untuk terus berdaya saing dalam situasi pandemik COVID-19 disamping menjadi panduan kepada orang ramai bagi merancakkan sektor tersebut” ujar beliau.

Nancy dalam ucapannya juga turut mengajak rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha membantu menyemarakkan kembali pelancongan domestik.

Untuk maklumat lanjut tentang “Pertandingan Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021”, orang ramai boleh layari https://verst.com.my/backpackerz/ atau https://www.facebook.com/backpackerzmag.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...