Home MY LNA AM KKR Sahut Dasar Teknologi Hijau Negara Melalui Program SEP
AM

KKR Sahut Dasar Teknologi Hijau Negara Melalui Program SEP

KUALA LUMPUR 16 Mac 2021 – Kementerian Kerja Raya (KKR) melancarkan Program Solar Energy Purchasing (SEP) bagi pemasangan Sistem Solar Photovoltaic (PV) di bangunan KKR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah bin Yusof berkata, pelaksanaan Program SEP adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan di bawah Skim Pemeteran Tenaga Bersih atau Net Energy Metering (NEM) bagi menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui di Malaysia.

“Kerajaan telah memperkenalkan program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0) bagi menyediakan peluang kepada pengguna elektrik untuk penjimatan bil elektrik melalui pemasangan sistem solar di premis dan bangunan-bangunan Kerajaan menerusi inisiatif NEM GoMEN” jelas beliau.

Melalui Program SEP, pihak JKR telah berkolaborasi bersamaTenaga Nasional Berhad (TNB) serta anak syarikatnya GSPARX Sdn Bhd melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dimeterai bagi mempelopori dan mengkaji potensi inisiatif dalam bidang Tenaga Boleh Diperbaharui (RE).

Program rintis SPE adalah melibatkan bangunan KKR, bangunan Ibu Pejabat JKR Malaysia serta sepuluh (10) buah bangunan JKR Elektrik Negeri dengan jumlah sasaran kapasiti solar terpasang sebanyak 1.2 MegaWatt (MW).

Fadillah turut berkata, program SEP merupakan usaha KKR dalam menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara bagi meningkatkan kapasiti RE sehingga 20% daripada kapasiti keseluruhan penjanaan tenaga elektrik pada tahun 2025.

“Kementerian telah terlibat dalam teknologi sistem solar selama 17 tahun bagi projek-projek pembangunan Kerajaan khususnya bagi program Bekalan Elektrik untuk sekolah-sekolah luar bandar seluruh Malaysia melalui JKR”.

Program SEP ini mensasarkan penjimatan tenaga sehingga RM9.27 juta bagi tempoh perjanjian selama 21 tahun. Penjimatan segera yang dinikmati oleh KKR dan JKR pada tahun pertama dianggarkan sebanyak RM197,548 sekali gus mengurangkan perbelanjaan kos bayaran utiliti bulanan.

“Warga KKR dan agensi di bawah Kementerian digalakkan untuk meneroka dan memanfaatkan teknologi terkini serta menghasilkan inovasi-inovasi baharu dalam bidang teknologi hijau dalam usaha ke arah penggunaan tenaga yang lebih cekap” ujar beliau dalam Majlis Pelancaran Program SEP di ibu negara hari ini.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...

AMEkonomi @ My LNAKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...